“Mula Jaga Solat, Hafal Al-Quran,”- Ustaz Ebit Peluk Erat Aliff Aziz, Pohon Doa Kekal Istiqamah

Share

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini telah hadir ke kediaman rumah penyanyi, Aliff Aziz di Singapura.

Malah, Ebit juga ada berkongsi video yang memaparkan reaksi sebak Aliff apabila mengenang kembali peristiwa hitam yang melanda rumah tangganya  beberapa bulan lalu.

“Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya.

“Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa.

“Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak.

“Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya.

“Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah,” tulis Ebit panjang lebar. 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan dan ratusan komen dari netizen.

Video tersebut diakhiri Ebit dengan memeluk erat penyanyi lagu Sayang-Sayang itu.

Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Mereka bercerai pada 16 Mei lalu diatas kesalahan Aliff sendiri yang bertindak curang.

Video : Instagram Ebit Lew

Published by
Amynur Akmal