Categories: Uncategorized

“Mula-Mula Bapak, Kakak, Ni Abang Pula…,” – Dituduh Guna Duit Suami & Bapa Mentua Untuk Bayar Peguam, Puteri Sarah Respon Kenyataan Abang Ira Kazar

Share

Pelakon, Puteri Sarah Liyana akui terkilan selepas mendedahkan dirinya telah dituduh menggunakan wang daripada suaminya, Syamsul Yusof dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam untuk membayar khidmat peguamnya selama ini.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Puteri Sarah turut berkongsi foto tangkap layar yang memaparkan perbualan yang dipercayai daripada abang Ira Kazar iaitu Naem Kazar dengan seorang pengguna Instagram.

Jelas Puteri Sarah, foto tangkap layar itu telah dikongsikan oleh salah seorang netizen kepada dirinya.

Katanya lagi, segala tuduhan tersebut sememangnya tidak berasas kerana dia telah bekerja siang dan malam untuk kesenangan diri serta anak-anak.

“SubhanAllah. Jiwa-jiwa ni tak aman lagi ke? Saya masih lagi di Dubai. Happy-happy dekat sini dan netizen tunjuk saya posting ni.

“Allah tahu macam mana saya bekerja keras untuk mendapatkan hak saya dan mendapatkan duit. Siang malam bersengkang mata mencari rezeki.

“Senang-senang je belah sana bercerita kata peguam saya Shamsul dan bapa mertua yang bayar. Saya pergi umrah dan bercuti ni pun kata Shamsul bayar. Yakin ke? Apa kena ni?,” tulisnya di Instagram stories.

Dalam pada itu, Puteri Sarah akui bingung mengapa ahli keluarga Ira Kazar masih cuba bercakap mengenai dirinya sedangkan perintah injuksi daripada mahkamah sudah pun jelas.

“Kalau tak puas hati, cakap dengan peguam saya. Mula-mula bapak, lepas tu kakak, ni abang pula. Lepas ni siapa pula nak keluarkan statement? Satu keluarga ni dah kenapa?

“Dah dapat Shamsul duduk diam-diamlah. Dah kena injunction order masih tak boleh stop lagi? Korang nak apa sebenarnya,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Sarah bersama anak-anaknya kini sedang bercuti di Dubai setelah selesai menunaikan umrah.

Bagaimanapun mereka dikatakan bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu berada di kemuncak selepas Sarah nekad memfailkan cerai sejurus Syamsul mengesahkan sudah mengahwini isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

Published by
Aizam Manaf