Meskipun sudah selamat mendirikan rumah tangga, suami kepada pelakon, Fatin Afeefa, Aliff Awang tampil memberikan respon balasnya terhadap kenyataan seorang individu yang mengatakan isterinya itu tertarik kepadanya hanya disebabkan harta.
Lantaran itu, menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai memutuskan untuk menyahut cabaran netizen dan bertanyakan sendiri hal tersebut kepada isterinya.
“Jahanam betul la. Ada sorang mamat ni, dia cakap, Fatin Afeefa ni kahwin dengan saya sebab saya naik kereta mahal je. Korang nak sangat tahu? Korang cabar saya.
“Jom saya panggil bini saya dan tanya dia sendiri,” katanya.
Lalu, dengan tenang Fatin menjawab, dia berkahwin dengan Alif bukan disebabkan harta sebaliknya dia telah terlebih dahulu jatuh hati dengan wajah tampan yang dimiliki oleh suaminya itu.
“Baby, saya nak awak tahu satu benda, awak bukannya orang kaya pertama yang cuba mendekati saya.
“Namun awak adalah lelaki yang paling kacak yang pernah saya jumpa. Jadi, saya kahwin dengan awak sebab awak kacak dan comel.
“Saya pejam mata pun, saya boleh rasa wajah tampan awak. Kaya itu nombor dua,” jawan Fatin.
Berpuas hati dengan jawapan isterinya, Aliff berkata, kenyataan tersebut bukan fitnah.
“Ini bukan fitnah. Tak setuju ke, nak setuju ke, nak berdebat ke, kau punya pasal.
“Agak-agaknya, Fatin kahwin dengan Opai sebab handsome ke atau sebab supercar?” selorohnya menguji netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga Fatin dan Aliff kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Semoga jodoh kamu berdua bahagia hingga ke jannah.
“Sebab jodoh dah tertulis. InsyaAllah semoga panjang jodohnya.
“Kalau Allah dah takdirkan jodoh hambanya. Tiada siapa boleh menghalang.
“Tak kisah la kaya atau handsome, janji setia sehidup hingga akhir hayat. Semoga Allah merahmati kalian semua.
“Memang jodoh Fatin dah sampai. Kena terima dengan hati yang terbuka. Semoga berkekalan,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Aliff dan Fatin bernikah pada 30 Disember lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang dianjurkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.
Fatin pernah berkahwin dengan pelakon drama bersiri Juvana, Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Namun, mereka bercerai pada 30 Mei 2017.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Arrasophia yang berusia tujuh tahun.
Melalui perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian yang berusia 10 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Aliff Awang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI