Pelakon dan pengarah, Nam Ron ada memuat naik satu rakaman video perbualan santai bersama pelakon, Ammar Titan di saluran YouTube miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Ammar ada berkongsi kisah suka duka bergelar anak seni yang kini sudah mencecah usia 7 tahun.

Ammar mengakui ada menyepi seketika daripada bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air selepas kontroversi membabitkan dirinya berlaku pada tahun 2017 lalu.

“Saya banyak habiskan masa di rumah bersama keluarga. Mula-mula saya rasa okey tapi lepas tu saya ada rasa kemurungan.

“Tapi fikir postifif, kalau saya rasa saya susah, ada orang lain lagi susah dari saya.

Ads

“Saya anggap ini adalah satu fasa yang perlu saya lalui untuk menjadi seorang yang lebih matang. Saya akui saya sangat sedih, stres selepas insiden itu berlaku.

“Tapi macam saya cakap, kalau saya sedih ada orang lain yang lagi sedih sebab bagi saya ada orang lain masalah lagi besar. Jadi saya banyak muhasabah diri,” katanya.

Ads

Selepas insiden tersebut berlaku, Ammar mengakui turut hilang beberapa rakan selepas dirinya digantung kerja.

Ads

Imbas kembali, Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan pernah keterlanjuran kata mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek menerusi satu rancangan komedi, Sukan Tak Sentral yang disiarkan di saluran TV3 sekitar tahun 2017.

Rentetan isu tersebut, Ammar telah didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan secara sengaja.

Ammar juga memaklumkan kes perbicaraan makhamah tersebut sudah selesai sekitar penghujung tahun lalu.

Video: YouTube Nam Ron

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI