Walaupun bergelar sebagai seorang pelakon, Izzue Islam akui untuk melakonkan watak antagonis bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam berkata, untuk melakonkan watak antagonis, ia sangat memberi cabaran dalam karier lakonan khasnya dari segi penyampaian lakonan atau watak tersebut.

“Memang sangat jarang bawa watak antagonis, sebelum ni Izzue berlakon antagonis dalam drama Patahnya Sebelah Sayap, dan yang paling baru 30 Pesanan Suara,

“Cabaran dia kalau tersalah buat, tak jadi watak antagonis tu, takut jadi hambar lah kan?

“Yang menjadi pilihan, susah nak cakap sebab saya suka dua-dua dan ada kelebihan. Buat masa sekarang ni saya ada ada banyak juga bawa watak hero, misalnya yang sweet, jiwang-jiwang contohnya.

IKLAN

“Tapi kalaulah ditanya saya mana yang lebih seronok, saya pilih watak antagonis lagi seronok sebab kita boleh warnakan karakter tu,” jelas Izzue. 

Bagaimanapun, bintang ini akui khuatir dan risau jika lakonan watak antagonis yang dilakonkan oleh dirinya tidak diterima penonton.

“Mula-mula saya takut orang tak boleh terima saya apabila melakonkan watak antagonis, kadang-kadang ada rasa risau.

IKLAN

“Misalnya kalau tak diterima penonton tapi, saya cuba buat yang terbaik dalam setiap lakonan. Itu kiranya kerja yang kita perlu buat sebaik mungkin,” kongsinya lagi. 

Di samping itu, pelakon yang berusia 30 tahun itu juga berharap agar dirinya diberi lagi peluang untuk melakonkan watak yang lebih mencabar seperti karektor orang kurang upaya ataupun cacat.

IKLAN

“Teringin lakonkan seperti watak-watak orang kurang upaya, cacat, bisu dan sebagainya. Sebab nak bawa karakter yang macam tu susah sebenarnya sebab kita tak pernah rasa keadaan mereka, dalam realiti. 

“Jadi kalau dapat watak-watak macam tu bagus untuk saya sebab boleh menguji kemampuan diri saya,” katanya optimis. 

Terdahulu, Izzue telah ditemui oleh MH ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Hotel Concorde Shah Alam yang dianjurkan oleh Watie Collections.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI