Malang tidak berbau apabila kediaman dua tingkat milik anak kepada vokalis Amir UK’S, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir yang terletak di Taman Mewah, Kajang terbakar pada malam Sabtu, minggu lalu.
Menurut isteri kepada Aliff iaitu Nur Farhana Nor Afandi, bahagian tingkat atas kediaman mereka hangus sekaligus menyebabkan tiada satu barang pun yang sempat diselamatkan.
“Biarpun api tidak sempat merebak ke tingkat bawah namun kesan tersebut menyebabkan banyak peralatan rumah tidak dapat digunakan lagi.
“Kami mula sedar apabila dua orang anak saya melihat bilik tingkat atas yang dijadikan stor terbakar. Bayangkan api merebak dengan pantas ke bilik-bilik lain.
“Saya, suami dan bayi yang ketika itu di tingkat bawah sedang menonton televisyen terus bergegas membawa anak-anak keluar. Tiada apa pun barang yang dapat kami selamatkan melainkan telefon bimbit.
“Sebaik sahaja kami keluar rumah, api merebak ke bilik sebelah dan meletup disebabkan gas penghawa dingin di bilik itu. Situasi ini menyebabkan semua semua bilik bahagian atas hangus,” katanya.
Insiden kebakaran berlaku sekitar jam 9.00 malam dan kerugian dianggarkan sebanyak RM200,000.
Buat sementara waktu, mereka sekeluarga menumpang di rumah bapa saudara selain berikhtiar untuk membaik pulih bahagian yang hangus dijilat api.
Dala pada itu, Farhana dan suami juga sedang mencari rumah sewa berhampiran kediaman mereka yang terbakar bagi memudahkan urusan membersihkan serta proses baik pulih rumah kelak.
Bagi ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7016032125 (Nur Farhana Nor Afandi).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI