Tidak dinafikan, cara Hanis Zalikha di dalam mendidik anaknya sering menjadi perhatian ramai. Dari persiapan bakal ibu sehinggalah kepada cara layanan terhadap si kecil, bintang yang kini mempunyai dua orang cahaya mata ini sering dipuji.

Terkini, Hanis ada berkongsi mengenai kecintaan anak sulungnya, Yusuf Iskandar kepada abjad Jawi.

Meski kecenderungan kanak-kanak lelaki itu terhadap Jawi bukanlah secara drastik, namun secara perlahan-lahan ibunya cuba mendampingi.

“For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Dia nak juga abcdefg dia tuuu complete sampai now-I-know-my-abc-next-time-wont-you-sing-with-me. Jadi kita tak paksa.

“Kita biar je dia tengah minat satu2 benda. Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni. Barulah Mommy dapat mengorak langkah dari situ,” katanya menerusi akaun si anak.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan cara Hanis sekeluarga di dalam menerapkan kecintaan si kecil dalam mendekati tulisan Jawi.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Foto: Instagram Yusuf Iskandar