“Mulanya Berlaku Pertengkaran Dan Kemudian…,” – Mengejutkan! Keluarga Dakwa Shuhada Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi

Share

Ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendakwa wanita itu mengalami kecederaan akibat ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran pada awal pagi tadi.

Ia sekaligus merungkai perkongsian foto wajah Shuhada yang berbalut kapas luka yang dimuat naik di Insta Stories, awal hari ini.

“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” dakwanya, lapor Astro Gempak.

Ahli keluarga yang enggan didedahkan identitinya turut mendakwa, Shuhada kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan laporan polis juga sudah dibuat.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” katanya lagi.

Difahamkan, Shuhada masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang menimpanya dan memerlukan masa untuk berehat.

“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” katanya.

Terdahulu, Shuhada mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto wajahnya mengalami kecederaan dan gambar tangan berdarah.

Dalam hantaran lain, Shuhada turut meluahkan rasa berang terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Astro Gempak

Published by
MH