Pempengaruh yang juga teman lelaki kepada Shila Amzah, iaitu Ubai menjelaskan penyanyi itu memerlukan ruang susulan isu hangat melibatkan rumah tangga ibu bapanya sejak minggu lalu.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli,25, berkata Shila kini sedang bercuti daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti seni.

“Dia sekarang berada dalam fasa bertenang. Malah dia juga lapang daripada melakukan aktiviti seni setakat ini sebelum menjayakan konsert solo di Singapura selepas raya.

“Pada mulanya dia terkejut bila peminat bertanya mengenai hantaran yang dilakukan ibunya di Instagram. Seingat saya ketika itu dia sedang bersiaran secara langsung (live).

“Jadi bila keadaan itu berlaku saya nasihatkan dia untuk kurang melihat komen di media sosial memandangkan isu tersebut sudah pun tular.

“Dia cuba untuk berbuat demikian meski ada ketika lihat juga komen-komen berkaitan. Saya nasihat agar dia positif, insyaAllah ada hikmah akan datang di sebalik apa yang berlaku,” katanya kepada MH.

Ads

Ubai pada masa sama cuba menjadi pendengar setia demi memastikan emosi Shila tidak terus terganggu.

“Kami maklum mengenai status hubungan di media sosial pun ada warganet yang memberi reaksi pelbagai. Kemudian timbul pula isu berkaitan dengan keluarganya pula hingga ia diperkatakan.

“Jadi untuk mengawal keadaan itu, dia banyak bertanya kepada saya. Kalau dia rasa dalam keadaan yang tak okay dia akan hubungi dan luahkan.

Ads

“Ada ketika saya bersama rakan-rakan lain akan berbuka puasa bersama dia. Kiranya kami cuba untuk buatkan dia tidak terlalu memikirkan hal yang sedang berlaku.

“Saya pesan kepadanya juga untuk sibukkan diri, isi masa dengan pelbagai aktiviti. Dia pun ada anxiety, jadi perlu untuk elakkan daripada berseorangan,” katanya lagi.

Terdahulu, ibu Shila, Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya.

Ads

Hantaran itu seolah-olah menguatkan lagi spekulasi mengenai bapanya yang juga penyanyi ND Lala telah berkahwin lagi satu.

Sebelum ini, tular berita yang mendakwa seorang penyanyi lelaki senior yang dikaitkan telah berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda.

Bagaimanapun hasil tinjaun, hantaran tersebut telah pun dipadam Fauziah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI