Pelakon, Uqasha Senrose ada menitipkan ucapan penghargaan buat gandingannya, Kamal Adli sejurus selepas berakhirnya sesi pengambaran bagi drama, Perempuan Tanpa Dosa.
Menurut Uqasha, dia sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk bergandingan bersama Kamal meskipun pada awalnya dia merupakan pilihan kedua pengarah.
Jelasnya lagi, Kamal merupakan pelakon yang sangat berbakat dan mampu untuk menjayakan apa sahaja watak.
“To my dearest #Rizal @kamaladli thank you so much for being such a good sparing to me, honestly youre very talented bagi la watak apa semua awak boleh buat dengan ayanya.
“Dari situ saya belajar macam mana nak menjadi pelakon yang bagus and memahami watak. Walaupun dua drama STA & PTD saya pada mulanya hanya la second choice, tapi saya happy sebab dapat berlakon dengan awak and hopefully dapat lagi naskah yang best-best.
“Btw, good luck for you new series VIU BLACK SEASON 2! Do your best dan semoga sihat tubuh badan dan bahagia selalu dismping org yg disayangi amin. Bye #rizal gonna miss everyone in PTD,” kongsinya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon berusia 28 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Uqasha turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Kamal dalam apa juga bidang yang akan diceburinya selepas ni.
Akui tersentuh dengan kenyataan tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Kamal;
“Alamak banyak pula gambar peram yang dia keluarkan ek. Hehe. Awhh thank you so much. You the best.
“Takde maknanya second choice. Always first okay. Thank you Lily. Gonna miss Lily,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu selain turut berharap akan ada lagi kerjasa diantara Kamal dan juga Uqasha pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI