Selebriti Noor Neelofa mengakui pada awal, dia sekeluarga agak berat untuk menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengidap penyakit kanser payu dara.

Bagaimanapun, Neelofa tetap bersyukur apabila ia dapat didiagnos lebih awal dan prosedur rawatan dapat segera dijalankan.

“Mulanya… Kami Susah Nak Terima,”- Ibu Hidap Kanser Payu Dara Tahap 1, Neelofa Syukur Dapat Kesan Awal

“Pada mulanya, kami seperti tidak mahu menerima dan tidak boleh hadam dengan perkhabaran tersebut. Ia mengambil sedikit masa untuk kami terima semua ini.

“Namun, kami sangat bersyukur kerana dapat tahu lebih awal dan kanser itu tidak agresif. Ketika ini, sangat biasa bila orang terkena kanser.

“Prosedur rawatan pun sudah semakin banyak dan tidak seperti dahulu. Jadi banyak perkara yang kami patut bersyukur,” katanya kepada MH.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui pada pelancaran Daia 3-in-1 Softergent di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Ads

Jaga Emosi Ibu

Sementara itu, Neelofa memaklum dia dan adik beradik yang lain amat menitik beratkan soal penjagaan emosi ibu ketika sedang menjalani rawatan.

“Mulanya… Kami Susah Nak Terima,”- Ibu Hidap Kanser Payu Dara Tahap 1, Neelofa Syukur Dapat Kesan Awal

“Walaupun kami ramai adik beradik, masing-masing mengambil giliran untuk menjaga ibu. Namun, ketika sakit, ibu saya tiada perangai mengada-ngada.

“Dia hanya mahu kami menjaga emosinya sahaja supaya tak stress. Dia tak mahu ada cerita atau isu-isu yang membuatkan dia terfikir-fikir. Jadi, kami sangat menjaga bab ini,” ujarnya lagi.

Ads

Dia menjawab perkara itu apabila ditanya tentang perkembangan terkini ibunya selepas berkongsi penyakit dihidapi.

Difahamkan Kartini telah selamat menjalani pembedahan dan kini masih dalam proses pemulihan.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini turut menyeru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala agar masalah seperti ini dapat dikekang lebih awal.

“Mulanya… Kami Susah Nak Terima,”- Ibu Hidap Kanser Payu Dara Tahap 1, Neelofa Syukur Dapat Kesan Awal

Ads

“Tidak kira usia tua atau muda, buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kalau kita tak mahu keluarkan peruntukan untuk pemeriksaan kesihatan, jika terlambat, kita akan berbelanja lebih lagi.

“Walaupun pada usia 20-an, buat sahaja pemeriksaan kesihatan,” akhirinya

Pada Februari lalu, Kartini mendedahkan dia menghidap kanser payudara tahap satu selepas melakukan ujian biopsi.

Sementara itu berkongsi tentang kerjasama dengan produk Daia, Neelofa dilantik sebagai duta kempen terbaharu jenama berkenaan.

Hos Next To Neelofa ini juga memberitahu dia telah menjadi pengguna produk berkenaan sejak dulu sehingga kini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI