Pelakon Anzalna Nasir membuatkan peminatnya berasa sebak dan terharu di atas perkongsiannya menunjukkan dia sedang membantu seorang bapa tunggal untuk membeli barangan keperluan anak perempuannya.
Anzalna, 35, memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya, yang mana memperlihatkan dirinya berkongsi rezeki dengan bapa tunggal tersebut.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat favourite Anzalna.
“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Kalian tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan kapsyen ramai pengikut Anzalna merasa terharu dengan kemurahan hati aktres tersebut yang prihatin dengan nasib bapa tunggal berkenaan.
“Thank you for using you platform to do this.
“Terima kasih Anzalna. Mulianya hati.
“Semoga Anzalna dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah untuk sekeluarga… terpancar riak gembira di wajah daddy dan cute girl.
“Selalu tengok live abang ni kat TikTok. Semoga ada ketabahan dan kesabaran untuk abang ni membesarkan anak seorang diri. Amin.
“Sedihnya tengok. Semoga murah rezeki Anzalna untuk bantu yang lain,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.