Selebriti popular, Heliza Helmi menitipkan doa dan turut berduka dengan pemergian salah seorang ahli jawatankuasa kelab peminatnya, Nur Syuhada Othman yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Heliza turut memuat naik foto arwah Syuhada dan memohon agar segala dosanya diampuni dan dirahmati Allah SWT.
“Innalillahi wainnailaihirajiun. Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya. Innalillahi wainnailaihirajiun.
“Assalamualaikum Hari ini kami dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang ahli @thehelmiswarrior iaitu Nur Syuhada Othman telah kembali kerahmatullah akibat komplikasi buah pinggang.
“Beliau juga merupakan salah seorang AJK pada m&g thehelmis tahun lps
“Mohon sedekahkan AlFatihah(dibaca) buat arwah syuhada. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Aamiin,” kongsinya.
Bacaan al-Fatihah dan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham.
Foto : Instagram Heliza Helmi