Mulianya Hati! Abby Abadi Kongsi Rezeki Dengan Petugas Keselamatan

Share

Ketika ini, negara sekali lagi sedang berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan kes melibatkan wabak Covid-19 kian meningkat.

Lantaran itu, para petugas keselamatan di semua sektor yang terlibat telah pun dikerah bagi memastikan rakyat mengikut segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Terbaru, pelakon, Abby Abadi memaklumkan dia dan suami ada menghantar makanan berbentuk sarapan pagi buat para petugas keselamatan yang berkhidmat tidak jauh daripada kawasan perumahannya.

Menurut Abby, hatinya terdetik untuk memberi sumbangan tersebut ketika melalui salah sebuah sekatan jalan raya sewaktu ingin keluar untuk membeli sarapan pagi.

“Bersedia Berkhidmat. Bersama abang-abang polis dari Balai Polis Wangsa Maju. Yang saya terserempak masa nak pergi beli breakfast pagi tadi hehe. Terus suami @jaiezzany kata beli sekalilah untuk abang-abang polis ni. Kita pun ok.

“Ingat tak ramai, rupanya dekat 10 orang.
Tu baru Abam polis, Abam askar ada jugak kat situ hehe. Sorry kalau tak cukup. Esok lusa ada rezeki kami kongsi rezeki lebih lagi okay. Thank you sudi bergambar,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama Gerak Khas The Finale ini turut menyeru orang ramai untuk turut sama berkongsi rezeki buat para petugas barisan hadapan itu.

“Ps: Yang lalu-lalu kat roadblock cuba share-share rezeki juga. Kita jaga kita kan? hehe. InshaALLAH lembut hati Abam-abam Polis tu,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut berjanji akan sama-sama membantu andai diberi kesempatan.

Sumber: Instagram Abby Abadi

Published by
Aizam Manaf