Menerusi posting terkini, bekas isteri PU Abu, Ain Afini ada berkongsi dua keping foto anak pertamanya yang dilahirkan Jumaat lalu.

Perkongsian tersebut dibuat ibu muda ini menerusi Instagram yang turut merakamkan foto bekas suaminya itu di samping cahaya mata lelaki mereka.

“Mulianya Hati Ain Masih Berterima Kasih Pada Ex,” – Bekas Isteri PU Abu Doa Anak Jadi Manusia Yang Memberi Manfaat

“Mulianya Hati Ain Masih Berterima Kasih Pada Ex,” – Bekas Isteri PU Abu Doa Anak Jadi Manusia Yang Memberi Manfaat

“Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa. Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam. Tendangan kecil yang menjadi peneman setia.

IKLAN

“Alhamdulillah selamat datang khalifah kecil Umi dan Ayah @puabu.official. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat,” harap Ain.

Pada masa sama, ibu tunggal ini juga turut berdoa agar anak lelakinya itu agar mendekatkan diri dengan reda Allah.

“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian.

IKLAN

“Pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan reda Allah. Terima kasih famili, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni,” tulis si ibu lagi.

Terdahulu, Ain menjadi perhatian apabila bekas suaminya, PU Abu Sufyan memutuskan untuk menceraikanhya sekitar Mac lalu meski sedang sarat hamil anak pertama mereka selepas memilih untuk berkahwin dengan wanita lain yang dikenali sebagai Hana.

IKLAN

Hana dikatakan seorang janda beranak satu.

Lalu menerusi ruangan komen pula, Ain dihujani dengan ucapan tahniah selain memuji pendiriannya yang cukup kuat dan tahah dalam menghadapi dugaan.

“Mulianya Hati Ain Masih Berterima Kasih Pada Ex,” – Bekas Isteri PU Abu Doa Anak Jadi Manusia Yang Memberi Manfaat “Mulianya Hati Ain Masih Berterima Kasih Pada Ex,” – Bekas Isteri PU Abu Doa Anak Jadi Manusia Yang Memberi Manfaat

Foto: Instagram Ain Afini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI