“Mulut Penuh Ulcer, Badan Pun Gatal,” – Anak Demam Chicken Pox Sampai Tak Boleh Makan, Isteri Shahrol Shiro Mohon Doa

Share

Isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro, Nor Farhana Syamimi memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesembuhan anak lelakinya, Iskandar Rizqi.

Menurut Farhana, Iskandar telah disahkan mengidap demam campak.

“Assalammualaikum. Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh.

“Rizqi kene chicken pox tapi mulut dia penuh Ulser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun gatal. Banyak sangat Ulser dalam mulut dia,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Katanya lagi, hatinya amat bimbang bila melihat keadaan anaknya yang semakin melarat sehingga menyebabkan kegatalan di seluruh badan dan ulser memenuhi mulut sehingga menyukarkannya untuk makan.

“Kita ni Ibu, luluh hati tengok Anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk Anak.

“Semua ini atas izin ALLAH S.W.T. Setiap berlaku pasti ada hikmatnya. ALLAH izinkan anak sakit dalam masa yang sama ALLAH hadirkan sekeliling yang banyak membantu dan banyak bagi kata-kata semangat.

“Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar Iskandar lekas sembuh.

Sekadar informasi, Farhana dan Shahrol mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 18 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Iskandar Rizqi pada dan Ismail Rifqi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nor Farhana Syamimi

Published by
Aizam Manaf