Pelakon jelita, Rozita Che Wan berkongsi kisah akan kerenah anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang cukup menghiburkan.
Jelas pelakon Kiah Pekasam yang mesra disapa Che Ta, Aaisyah seringkali memberi respon yang diluar jangkaan dan kadang kala cukup menguji hati.
Kadang kala anaknya pernah berseloroh memanggil namanya dengan ‘Rozita Che Wan yang banyak jerawat’ dan sewaktu disoal akan penampilannya, si cilik itu menyarankan agar dia mengenakan ‘concealer’ di bahagian kumis untuk menutup misai.
“Kadang kala ada perkataan yang membuatkan saya geram. Pernah Ayu bertanya beg itu milik siapa, kata Aaisyah, siapa lagi, Rozita Che Wan la, yang ada jerawat dekat muka tu. Katanya itulah makcik bawang jerawat dekat muka.
“Saya pernah bertanya mummy cantik tak? Tapi mummy kena letak concealer tau dekat mummy punya misai,” kongsi Che Ta.
Sekadar imbasan, Aaisyah merupakan anak tunggal pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan ini bernikah pada 11 Disember 2013.
Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.
Foto : Instagram Nona
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI