Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.
“Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.
“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.
“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.
Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.
Ads
Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.
“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.
“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.
“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.
Ads
“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.
“Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.
Ads
“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.
“Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.
Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.
Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar duka ini dikongsikan pelakon Yana Samsudin di laman Instagram.
Adiknya, Muhammad Fahmi Harith bin Samsudin telah meninggal dunia pada 3 Mac 2020.
Menurut Yana, jenazah kini berada di Bahagian Forensik Hospital Klang, Tengku Ampuan Rahimah dan akan dibawa ke tempat kelahirannya, Yong Peng, Johor untuk dikebumikan.
“4 March 2020 : Assalamualaikum WBT… Innalillahi wainna ila hirojiun.. Al Fatihah buat allahyarham adik saya: Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin (7/3/1990-3/3/2020).
“Beliau telah kembali ke rahmatullah semalam 03 Mac 2020. Buat yang mengenali arwah dan ingin bertemu dan menyolatkannya arwah akan berada di Bahagian Forensik Hospital Klang Tengku Ampuan Rahimah di antara jam 10.30am – 11.30am.
“Seterusnya arwah akan di bawa ke tempat kelahirannya di Yong Peng Johor di no 25 Jalan Kota Impian 3, Taman Kota Impian 3, 83700 Yong Peng Johor seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng, Johor.
“Boleh hubungi abang iparnya @fadzilzahari 0126952969 dan adik nya @cikmudawannyx,” kongsinya.
Difahamkan, arwah adiknya baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata dan isterinya kini berada di Sarawak untuk menjalani proses berpantang.
“Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. .
“Rupanyaa hari ni… Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..
“Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
“Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. .
“Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… .
“Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik.
“Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik. Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
“Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur.
“Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88,” kongsi Yana lagi.
Kecintaan mendalam membuatkan bekas deejay radio Era dan Sinar, Jamal Jamaluddin, 59, tidak pernah jemu daripada menggalas tugas sebagai penyampai radio sejak hampir 40 tahun bergiat aktif dalam bidang itu.
Jamal juga mengakui dia pernah mendapat tawaran daripada dua buah stesen radio sebelum pandemik melanda namun hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan semasa.
“Siapa kata saya tak rindu jadi penyampai radio? Tentulah saya rindu. Malah ramai kalangan peminat dan pendengar yang selalu mengharapkan agar saya kembali ke udara, menghiburkan mereka dengan celoteh dan seleksi lagu lama di tengah malam.
“Satunya, Nasional FM tetapi diduga pula dengan negara yang tiba-tiba dilanda pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kool FM juga ada panggil saya. Namun bila saya nyatakan kesediaan, tiba-tiba berlaku perubahan di mana pengurusan menukar stesen itu dengan jenama baru, Buletin FM,” katanya.
Namun, rezeki tidak diduga apabila dia kemudiannya ditawarkan bagi ‘menghidupkan’ konti stesen radio online, Myfriend FM yang kini sudah genap setahun beroperasi sejak November tahun lalu.
“Saya ada beri cadangan pada pengurusan radio MyFriend FM supaya jadikan konsep radio ini 100 peratus retro. Ini kerana, sudah begitu banyak stesen lain memainkan lagu-lagu baru. Walhal, ramai pendengar yang sukakan lagu lama yang membangkitkan nostalgia juga.
“Saya nak jadikan MyFriend ini umpama radio Sinar yang mana kalau ingat balik, pada lima tahun pertama, mereka mainkan cuma lagu lama. Itu yang buat Sinar jadi stesen nombor satu pada 2010.
“Saya yakin, menerusi formula yang sama, Myfriend FM kini pun sudah memiliki kelompok pendengar setia tersendiri. Saya pun gembira di sini sebab tiada protokol dan yang penting berkonsep retro,” katanya.
Menerusi stesen radio online tersebut, kata Jamal, dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen Cetusan Hati Dan Dedikasi pada setiap Rabu, jam 11 malam sehingga 3 pagi manakala setiap Khamis menerusi segmen Borak Santai Bersama Artis Retro pada jam 11 malam hingga 3 pagi.
Myfriendfm bersiaran menerusi website http://myfriend.fm, aplikasi Playstore myfriendfm, http://tiktok.com/@myfriendfmofficial dan Facebook Myfriend.FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beto Kusyairy & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Iman Troye mengakui penularan wabak Covid-19 sejak awal tahun lalu sedikit sebanyak telah mengekang perancangannya selepas tamat persekolahan.
Menurut Iman, dia terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pengajian sehingga ada kalanya dia berasa takut dengan ketidaktentuan semasa.
“Youth Comes But Once In A Lifetime – kata pepatah ni is one of my favourite. But being a teenager nowadays banyak cabarannya, lagi lagi during Covid-19 pandemic and kita semua terpaksa duduk dekat rumah. For half a year this year, Iman felt like my life was stagnant for a while.
“When first PKP started, Iman tengah tunggu result SPM and i was really looking forward to start my life in university. But banyak planning tergendala kejap. Truth be told, rasanya semua seperti Iman, rasa sangat sangat risau and takut with the uncertainty at that point of time,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Teman itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun itu mengakui dia harus melakukan pelbagai perkara demi mengurang rasa stress dan keresahan di dalam dirinya.
“Untuk kurangkan anxiety and stress, Iman banyak spend time dengan family with activities like masak masak together, gardening, main board game and karaoke kat rumah. Iman dapat stop from feeling stress and anxious for awhile.
“For my own daily affirmation and self-healing pula, Iman suka menulis. I like to write my thoughts down in my diary. Sebelum tidur, Iman akan tulis at least one thing yang Iman rasa grateful on that day.
“Tulis dalam diary ni banyak tolong Iman untuk self-reflect and from there, I boleh motivate myself untuk terus kuat and move forward,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Iman atau nama sebenarnya, Iman Alyssa Sahabudin menasihati orang ramai yang mempunyai masalah yang sama sepertinya untuk merujuk kepada mana-mana pakar.
“Korang pulak macam mana? What do you do to self-reflect and how often korang buat? Cuba share dengan Iman, i would love to know!
“For those that are facing the same problem and need help, you guys can check out MIASA Malaysia,” akhirinya.
Terdahulu, nama Iman kini semakin mendapatkan perhatian selepas kejayaan single pertamanya berjudul Teman yang telah pun meraih lebih 8 juta tontonan selepas hampir sebulan ia dimuat naik di laman Youtube.
Sumber: Instagram Iman Troye
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...