Tular sejak semalam keadaan bilik hotel yang menempatkan individu yang telah dikuarantin terlihat dalam keadaan yang cukup mengecewakan.
Mengulas mengenai isu terbabit, Iesya Toh meluahkan rasa kesal apabila bilik hotel yang dikhaskan sebagai pusat kuarantin bertukar kotor dan ditinggalkan dengan penuh kerosakan.
“Keadaan HOTEL yg menempatkan mereka yg dikuarantin.
“Ni ke KLUSTER KAYANGAN?? Jijiknyaaa manusia 2020 klu x reti jaga kebersihan & suka rosak harta benda org!
“Mgkin anda negative Covid19, tapi Sya rase anda positive mental disorder!” kongsinya geram.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata kecewa dengan sikap tidak seolah-olah tidak bertamadun berkenaan.
Terbaharu, menurut laporan Astro Awani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyerahkan kepada pihak hotel untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa melakukan perkara tersebut.
Beliau menegaskan, tiada siapa pun yang boleh terkecuali daripada mematuhi peraturan yang ditetapkan hotel ketika menginap.
Foto : Instagram Iesya Toh & Astro Awani