Pengarah, Shahrulezad Mohameddin mengakui dirinya turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa para pekerja syarikat penerbangan yang rata-ratanya hilang perkerjaan gara-gara penularan wabak Covid-19.
Lalu, Shahrulezad atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat, mendedahkan dia bersedia menawarkan mereka yang terkesan ini tawaran untuk membintangi salah sebuah drama arahannya, sekiranya berkelayakan.
Menurutnya, mereka yang berminat perlu berkongsi profil butiran peribadi untuk melalui proses uji bakat secara dalam talian bagi membintangi satu siri drama.
“Dear ex cabin crew @malindoair and @airasiacabincrew we understand your situation. DM me your profile, maybe be we can do online casting.
“Maybe you will be the next faces for our next tv series. Let’s do magic!!
“For fast respond sila communicate dgn EP abg @hakhisham takut abam busy kat set. Huhu
“Psstt.. Actually offer ni bukan utk ex FA saja tau. Saper saper yg berminat pun okie,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pengarah drama Nur itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, Shahrulezad turut menjelaskan tawaran tersebut tidak terhad kepada para pekerja sektor penerbangan sahaja tetapi turut dibuka kepada sesiapa yang berminat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan selain ada rakan artis yang sebelum ini pernah bergelar pramugara atau pramugari turut menyatakan minat terhadap tawaran berkenaan.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddiin