“Mungkin Atas Asbab Video Atau Foto Yang Dikongsi, Mampu Beri Hidayah Kepada Orang Lain,” – Ustaz Haji Muhammad Mursyid Ulas ‘Posting’ Influencer Di Tanah Suci, Syukur Sukses 10 Tahun Bina Jenama

Share

“Pada pendapat saya, hidayah itu milik Allah SWT. Kita tak boleh hukum hati atau niat seseorang.”

Demikian pendapat yang diberikan Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB), Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan susulan isu ada di antara golongan selebriti dan pempengaruh (influencer) yang rancak merakam aktiviti ketika melakukan umrah sehingga menimbulkan persepsi pelbagai di kalangan netizen.

Menurut Muhammad Mursyid, beliau tidak melihat apa-apa yang tidak baik sekiranya seseorang yang terkenal berkongsikan perkara positif yang boleh menarik minat pengikut (followers) untuk berbuat perkara sama.

“Sekiranya dia tangkap foto dan kongsi di media sosial kita kata dia menunjuk, riak dan sebagainya, tidak boleh jatuh hukum pada dia. Islam minta kita untuk ‘judge’ apa yang kita nampak.

“Sebab kita tak tahu mungkin ada yang melihat keindahan foto yang dikongsikan ketika itu mampu membuatkan ada yang nak pergi ke sana untuk tujuan sama (umrah). Tidakkah ia memberi satu hal yang baik kepada mereka yang tengok posting berkenaan?

“Begitulah juga sebaliknya. Kalau yang dikongsikan tidak baik, kita pun perlulah pandai untuk bezakan. Namun bila dia sudah melakukan kebaikan, apa salahnya untuk kita mendoakan yang baik-baik. Doakan hidayah untuknya.

“Bagaimana pun saya percaya ia satu trend (perkongsian foto dari individu terkenal di media sosal jadi ikutan). Macam contoh dia lakukan ibadat, kita kata tak sah sebab dia influencer, tak boleh begitu.

“Mungkin atas asbab video atau foto yang dikongsikan mereka, mampu memberikan hidayah kepada orang lain, InsyaaAllah. Dalam hal ini, saya lebih menyokong agar buatlah benda-benda yang baik. Paling penting istighfar, supaya tiada anasir (syaitan) tak kacau,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan  kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, baru-baru ini.

Pihaknya yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan.

Ia sekaligus menjadi antara faktor utama syarikat berkenaan yang kini sukses membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.

“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan ketika berada di Tanah Suci. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.

“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.

“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” katanya yang pernah meraih anugerah IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 20222 di bawah jenama Mursyid Alharamain.

Mengulas mengenai cabaran, Muhammad Mursyid tidak menafikan fasa pandemik COVID-19 menjadi ujian paling besar memandangkan dia dan isteri, Hajah Intan Fairuz Ramli tekad mengekalkan semua kakitangan dalam tempoh tersebut.

“Masa tu kami fikir ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga dan kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Alhamdulillah Allah ‘lorongkan’ untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd ketika itu,” katanya lagi.

Bercerita mengenai perancangan pihaknya bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort selepas ini.

“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain.

“Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya yang turut mengumumkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 penubuhan MATTSB.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH