Berkongsi berita duka di entri terbaru, penyanyi Fauziah Gambus memaklumkan baru sahaja keguguran.
Difahamkan, usia janin baru mencapai hampir lapan minggu.
Menerusi entri sama, dia turut memuat naik video sewaktu menjalani alat pengesan kehamilan di mana keputusan menunjukkan positif dengan dua garisan.
Pada masa sama, dirinya turut memohon maaf andai keadaannya kini membuatkan kerjasama tergendala.
“Mesti ada hikmah disebaliknya… Mungkin belum rezeki… 6-8minggu. Maaf andai ada kerjasama yg tergendala.. saya rihat dlu.. inshallah 2-3hari sihat lah.
#positif,” tulisnya.
Takziah buat Fauziah dan suami.
Foto : Instagram Fauziah Gambus