Penyanyi, Hafiz Hamidun menyifatkan hidupnya kini makin gembira dan lebih matang untuk menempuhi apa jua keadaan sekalipun.
Menurut Hafiz, fokusnya kini lebih tertumpu kepada anak angkat dan syarikat yang diusahakannya.
“Saya rasa life saya sekrang ni makin happy. Daripada 2017 punya kes, semakin lama semakin saya lupakan. Saya dah move on lama dah.
“Fokus saya sekarang ini adalah pada anak angkat saya, pada syarikat dan kerja-kerja saya.
“Dulu ada satu masa saya berhenti daripada media sosial sebab dan tak tahan. Saya rasa dalam tiga hingga empat bulan juga sebab tak sanggup nak baca semuanya.
“Orang memang follow up hari-hari, tanya hari-hari dan komen juga hari-hari. Tapi alhamdulillah sikit-sikit saya dapat overcome. Perkara itu mematangkan saya.
“Saya pun bukan orang yang sempurna dan saya belajar tiap-tiap hari,” katanya kepada MH.
Hafiz ditemui media sewaktu majlis pelancaran lagu Sabda Kekasih yang berlansung di pejabat Universal Music Malaysia bertempat di Menara Symphony, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Jodoh Berdua itu lagi, pengalaman lampau banyak mengajarnya untuk lebih bersabar dan mengawal emosi.
“Walaupun dah tiga tahun perkara ini berlalu, kadang-kadang lalu juga orang flashback balik. Sampai hari ini, kalau ada cerita mengenai dia atau saya, akan keluar juga berita lama.
“Tapi saya tiada simpan perasaan dendam, pada saya dia ada kehidupan dia sendiri saya juga begitu.
“Dia mungkin akan berakhir sekiranya salah seorang dari kami settle down. Kadang-kadang mak saya tanya kenapa orang masih bercakap lagi.
“Saya terangkan perkara yang sama jika salah seorang dari kami berkahwin mungkin ia akan secara automatik berakhir.
“Saya tahu, takkanlah orang dekat Malaysia ni tak sensitif untuk ungkit perkara lama,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI