“Mungkin Cara Yang Saya Sampaikan Lebih Kurang Sama, Ditambah Dengan Suara Serak Kedengaran Seperti Suara Lelaki,” – Cik B

Share

Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang kini muncul dengan single debut berjudul Tolonglah menjelaskan suaranya berbeza dengan rakan penyanyi, Yonniboii sebagaimana yang didakwa sesetengah netizen.

Malah jelasnya lagi, Yonnybooii turut memberitahu suara mereka juga tidak sama.

Perkara tersebut diterangkan pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu menerusi Harian Metro.

 “Saya memang berkawan dengan Yonnyboii dan dia sendiri pun cakap suara kami tak sama.

“Mungkin cara nyanyian dan rap yang saya sampaikan lebih kurang sama dengan Yonnyboii, ditambah pula dengan suara serak saya kedengaran seperti suara lelaki.

“Jadi, ramai menyangka itu suara Yonnyboii,” kata gadis berusia 15 tahun ini.

Selain menyanyi, Cik B terlebih dulu turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta yang bersiaran di TV3.

Tolonglah merupakan ciptaan sepenuhnya Cik B bersama ibunya. Ia mengisahkan mengenai masa silamnya yang hidup dalam keluarga berpecah-belah.

Video muzik Tolonglah dilancarkan sejak beberapa hari lalu dan setakat ini, muzik video berkenaan sudah pun ditonton lebih 1.3 juta pelayar YouTube.

Published by
MH