Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Safiey Illias berkongsi berita duka apabila kenderaan mewah yang dipandunya, terlibat dalam kecelakaan jalan raya, awal malam tadi.
Menerusi sebuah entri yang dimuat naik Safiey menerusi Instagram, kelihatan bahagian hadapan di sebelah kanan kereta mewah rona biru muda itu remuk sama sekali.
Menerusi ruangan kepsyen, Safiey memberitahu selepas ini, dia tidak akan bercakap soal mahu beli kereta baru di depan kereta lamanya.
Malah, pengasas sensasi itu turut membayangkan apa yang berlaku merupakan balasan dariNya kerana dia sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu tukar antina.
Ads
“Lain kali nak beli kereta baru, jangan sebut depan kereta lama. Nanti dia merajuk. Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan.
“Ampunkan aku ya Allah,” tulisnya.
Ads
Lalu, perkongsian yang mendapat lebih 30,000 tanda suka itu turut disertai dengan ribuan komen pelbagai netizen.
Antaranya;
Ads
Apapun, diharap Safiey tabah menerima ujian dariNya.
Sementara itu menerusi posting terbaru, Safiey turut menyatakan dia mungkin tidak berapa mahir memandu memandangkan sebelum ini kenderaannya sering dipandu orang lain.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Linda Rafar, berasa kesal terhadap segelintir individu yang mengunakan akaun palsu di media sosial semata-mata untuk menjatuhkan maruah orang lain.
Tegurannya itu secara langsung kepada individu yang menggunakan akaun palsu bagi menempelak apa yang dikongsikannya di laman sosial.
“Assalamualaikum…. To fake acc stop sending me message .. meroyan sana sini… Tak puashati sgt xyah guna fake acc meh la jumpa..
“bukannya xleh check sape belakang fake acc ni.. Tak puashati sangat sampai apa yg linda review semua dia kutuk..
“plss la kita kena hormat la apa je brg n makanan yg kita review and tlg la respect kesian peniaga2 yg nk cari rezeki..
“sanggup guna fake acc kutuk semua pakaian,makanan n product yg linda review
“Wait! Allah tak tido jika betul jujur jom jumpa xyah guna fake acc cuz i know who u are #allahuakbar #allahmahabesar #allah #duniasementaraakhiratselamanya”tulisnya panjang lebar.
Pengacara dan model, Ain Edruce ada berkongsi tips buat mana-mana pasangan yang tidak lagi mahu meneruskan hubungan cinta dengan ‘mintak break cara Abe Ashley’.
Perkongsian menerusi potongan video pendek dari program Hurr.TV itu disampaikan secara seloroh oleh bintang tinggi lampai itu nyata mengundang tawa di kalangan netizen.
“Kalau korg nk tau .. ain ni peminat @yoe_parey and @asifsuhaimiii02 . Hahaha so kite org kat #LIMALETOP nak aja korg semua nak reject org cara sopan.
“Kalau abg ashley mesti cmnie kan? Hahaha. Nak tgk full version, pegi youtube @hurr.tv okay,” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Kalau kau dah buntu nak guna cara apa, kalau boleh reject (kekasih) cara Ashley,” katanya sambil menunjukkan cara.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Ain sudah pun ditonton lebih 200,000 kali dengan menerima reaksi pelbagai netizen.
Terdahulu, kata-kata berkenaan menjadi tular apabila ia disampaikan secara bersahaja oleh Yoe Parey menerusi salah satu babak dalam Drama Spontan 12; Ashrul atau Ashley.
Foto: Instagram Ain Edruce, Yoe Parey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ezzaty Abdullah memaklumkan dirinya kini terpaksa menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya memandangkan rumahnya kini sedang didalam proses renovasi.
Bagaimanapun, khabar duka pula menimpa kedua ibu bapanya selapas mereka dilaporkan positif Covid-19.
Risau akan keselamatan cucunya, kedua ibu bapa Ezzaty memutuskan untuk keluar daripada rumah dan menjalani tempoh kuarantin di rumah neneknya yang terletak di Ampang.
Menurut pelakon drama KL Gangster Underworld ini, dia sememangnya berasa amat bersalah dengan situasi yang harus dilalui oleh kedua ibubapanya itu.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. Bersepah dan berhabuk. Bising orang buat kerja lagi.
“Kesian baby saya kalau berpantang di rumah. Dengan tak ada dapur lagi. Tak boleh masak.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif Covid-19.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ade orang di sana,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Azwan Kombos itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Ezzaty turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya dapat kembali sembuh dan terhindar daripada wabak Covid-19.
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru dua minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ezzaty.
Terdahulu, Ezzaty telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu.
Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...