Penyanyi yang bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas tiga dekad pada 18 Disember depan, Datuk Nora Ariffin tampil berkongsi mengenai perjalanannya dalam dunia seni hiburan tanah air, kira-kira 33 tahun yang lalu.
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Sandiwara itu mendedahkan pada awal kemunculan, dia hanya gadis dari Kelantan berusia 18 yang datang ke Kuala Lumpur demi mencapai cita-citanya.
“Bintang HMI 1991, throwback 33 tahun yang lalu. Geli hati bila tengok budak ni. Umur 18 tahun dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Bercita-cita nak jadi penyanyi dan penghibur seperti Anita Sarawak dan Sudirman.
“Bermula dari album pertama Sandiwara, setiap tahun arwah Johan plan untuk organise konsert solo Nora. Namun hasrat arwah tidak pernah kesampaian hingga ke penghujungnya,” kongsi Nora.
Dia bagaimanapun bersyukur apabila impian tersebut bakal direalisasikan hasil usaha ramai pihak.
“Saya tidak pernah berputus asa. Malah sentiasa mencuba. Syukur hanya selepas 30 tahun baru ada peluang utk adakan konsert solo.
“Terima kasih MCV (My Creative Ventures) di atas bantuan sokongan ini.Terima kasih team JNSB, AE, Jennifer Thomson dan Aubrey Suwito kerana sudi bantu.
“Sebagai artis yang bukan lagi main stream, bukan mudah untuk saya organise sebuah konsert, mencari dana yang banyak dan membuat promosi.
“Kena bersaing dengan nama-nama besar, kena pastikan tiket dijual dan banyak lagi kekangan yang harus dihadapi.
“Tapi dengan berbekalkan semangat perjuangan arwah Johan selama ini, show must go on,” luahnya lagi.
Nora turut optimis untuk melakar sukses tersendiri sekaligus mahu memahat memori indah sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.
“Mungkin ini peluang terakhir saya. Moga ada rezeki untuk saya. Moga ini akan jadi sejarah dalam kerjaya saya, meninggalkan kenangan manis untuk peminat dan legasi saya.
“Namun andai Allah tak izin, saya redha,” kongsinya lagi.
Menerusi persembahan berdurasi dua jam itu, Nora akan menyampaikan sebanyak 17 buah lagu popular dan malar segar daripada 18 buah album yang pernah dihasilkan.
Antaranya Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu dan banyak lagi.
Konsert ‘Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)’ itu juga bakal diadakan segmen khas ‘Tribute to Johan Nawawi’ sebagai penghormatan kepada Allahyarham suami yang menjadi tonggak kejayaan dalam kerjayanya sebagai penyanyi.
Tiket konsert boleh didapati di wwww.onetix.com.my pada harga RM108 hingga RM518, dibawa khas oleh syarikat Nora, Johan Nawawi Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Sekali Datuk Nora Ariffin belanja Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-8, Menyemai Cinta Bersamamu! Tak sabar untuk hadir dan menyokong konsert solo pertamanya di Stage 1 Theare, PJ Pac, 1 Utama E, Petaling Jaya pada 18 Disember depan! Bakal membuat persembahan selama dua jam, figura hebat ini bakal menyampaikan hampir 20 buah lagu, menerusi 18 buah album yang pernah dilancarkan. Tiket Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) sudah pun mulai dijual melalui www.onetix.com.my #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan