Pelakon terkenal, Intan Najuwa akui terkejut saat menerima hadiah istimewa berupa seekor kuda daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 baru-baru ini.
Menurut Intan, dia menjangkakan suaminya itu akan memberikan hadiah biasa yang selalu diberikan para suami lain namun tekaannya meleset.
“Hadiah itu memang satu kejutan dan saya tak tahu langsung. Tiba-tiba sahaja, dia sudah belikan seekor kuda. Sebagai perempuan, saya ada bertanya juga apa hadiah yang akan dia berikan kepada saya.
“Saya memang tak jangka langsung. Kebiasaannya, para suami akan hadiahkan bunga atau coklat. Sekali, itu yang dia berikan kepada saya,” katanya kepada MH.
Intan sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman 10 calon akhir Anugerah Telenovela yang berlangsung di ibu negara, pada Khamis.
Dalam pada itu, Intan memaklumkan niat suaminya menghadiahkan seekor kuda yang diberi nama Tralala itu adalah sebagai permulaan untuk gaya hidup sihat.
“Saya tahu tujuan dia belikan seekor kuda untuk saya. Saya ini seorang yang agak malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Saya pun jarang bersenam.
“Jadi, mungkin dia mahu saya melakukan sesuatu bila bangun pagi dan mahu saya mulakan kehidupan sihat setiap hari. Saya memang tak tahu berkuda dan mungkin dia nak saya belajar untuk keluarkan peluh.
“Apapun, saya sangat happy dengan hadiah tersebut. Rasanya ketika ini, kuda saya lagi popular daripada saya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Jesnita ni juga mendedahkan dirinya sudah bersedia dengan komitmen untuk menjaga kuda peliharaannya itu dengan baik.
“Saya tak nafikan. Bila kita memutuskan untuk memiliki haiwan peliharaan, kita kena jaga betul-betul kerana ia merupakan tanggungjawab.
“Mungkin ini persediaan yang harus saya belajar sebelum dikurniakan cahaya mata pula pada masa hadapan. Kita belajar jaga kuda dahulu. Tanggungjawabnya memang besar,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Intan kerap berkongsi mengenai kudanya menerusi beberapa hantaran di media sosial.
Sekadar informasi, Intan telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Datuk Ahmad Azraf Azman pada tanggal 18 Ogos lalu di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi.
Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI