Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi selepas anak sulungnya Muhammad Bilal menunjukkan minat mendalam terhadap Al-Quran.
Menurut Neelofa, minat anaknya itu bukan hadir secara paksaan tetapi dengan kehendaknya sendiri.
“Alhamdulillah, mungkin itu rezeki dan anugerah Allah. Bilal memang minat dengan bacaan Al-Quran tanpa ada paksaan, disuruh atau ditekan-tekan.
“Sejak daripada kecil, sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran seperti abah atau neneknya, dia akan datang dekat. Bila orang solat, dia akan duduk dekat sambil mendengar.
“Mungkin itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada dia,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini juga akui agak terkejut selepas Bilal dikatakan turut menghafal beberapa ayat di dalam surah Yasin.
“Disebabkan dia ada minat itu, apa-apa surah daripada juzuk 30, dia boleh sambung sebab dia ingat.
“Mungkin budak kecil mudah nak ingat sesuatu perkara. Surah kesukaannya adalah Wal Asr
Ads
“Yang paling saya dan suami terkejut baru-baru ini apabila Bilal hafal beberapa ayat pertama daripada surah Yassin. Itu dia sendiri yang hafal,” kongsinya lagi.
Sementara, Neelofa akui Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya kerana dia dapat meluangkan banyak masa di rumah dengan pengisian amal ibadah.
“Ini merupakan Ramadan yang saya paling tak sibuk dan banyak masa dihabiskan di rumah. Ramadan kali ini saya punyai rutin yang ringkas tapi bermakna. Saya penuhkan masa dengan amal ibadah.
Ads
“Saya juga dapat fokus untuk selesaikan khatam Al-Quran. Selain itu, saya akan adakan tadabbur dan memahami maksud ayat” katanya lagi.
Ditanya sama ada warga net akan dapat melihat wajah anak keduanya, Abbas di musim perayaan nanti, ini respon Neelofa;
“Itu belum tahu lagi. Mungkin nanti kita akan kongsikan,” jawabnya.
Terdahulu, Neelofa bakal kembali mengacarakan program Next To Neelofa yang akan memasuki musim ke-3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Belum lagi reda isu pembantu rumah arwah ibu Nirina Zubir mencuri sijil tanah bernilai lebih RM4.9 juta, Nirina Zubir turut berkokngsi yang pembantu rumah yang dikenali dengan nama Riri Khasmita itu turut memperdayakan ibunya dengan mencuri hasil rumah sewa dan bilik asrama selama ini.
Bintang filem Ali & Ratu-Ratu Queens itu berkongsi yang selama ini dia tidak mengambil tahu mengenai bilik asrama dan juga rumah sewa milik ibunya kerana melihat Riri sebagai pembantu yang membantu menguruskan segala perniagaan ibunya yang ada.
Menceritakan tentang penipuan itu menerusi laman YouTube Kompas, dia berkata, “Wang hasil bilik asrama dan juga wang sewa rumah milik ibu turut diambilnya. Sejujurnya sebelum ini kami tidak berfikiran buruk sedikitpun.”
Perkara itu terbongkar seiring dengan penemuan tentang penipuan enam sijil tanah milik ibunya yang telah dijual dan digadai.
Nirina ketika sidang media, pesalah Riri Khasmita dan dua lagi berada dibelakang dengan tangan digari.
Apabila saudara mara Nirina menguruskan bilik asrama dan rumah sewa setelah kematian ibunya, dari detik itu mereka mendapati yang penghuni di bilik sewa sewa itu merupakan pekerja-pekerja bisnes milik Riri.
Mereka tinggal disitu secara percuma dan bayaran rumah sewa turut dimanipulasi.
Jelas Nirina, “Bilik-bilik itu dipenuhi dengan pekerja-pekerjanya. Mereka tidak perlu membayar wang dengan alasan bil elektrik adalah bayaran rata. Sama juga dengan rumah sewa, dengan kami Riri menyatakan pembayaran adalah sekian-sekian namun apabila ditanya kepada penyewa jumlah bayaran yang mereka beri kepada Riri jauh lebih tinggi.”
Keluarga Nirina bersama arwah ibunya, Cut Indria Marzuki.
Pembongkaran jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut menjadi bualan hangat dan mengejutkan ramai pihak terutamanya tentang isu mafia tanah yang memanipulasikan orang untuk menjual tanah mereka melalui penipuan.
Menerusi laman Instagram pelakon awal malam tadi, Izreen Azminda telah memuat naik beberapa keping foto menerusi posting terbaru.
Menariknya, pelakon itu telah berkongsi gambar sambutan hari kelahiran buat suaminya, pemuzik Ude Wahid.
“Happy Birthday My Dear Husband @udewahid …Semoga diberi kesihatan yg baik.. Dan makin makin makin dimurahkan rezeki.. Dipanjangkan usia dan sentiasa dibawah rahmatNya.. (kek batik yg super sedap ni..
“Dah tentu2 dari @lolalicious.co ….tq sbb tunaikan permintaan iols yg aneh aneh last min ni.. Mintak diluar kebiasaan yg uols selalu buat.. Alhamdulillah berjaya rasa tetap tip top!!!!)”tulisnya.
Pelakon yang berasal dari Kangar, Perlis ini dilihat untuk sambut hari jadi suami dengan menghadiahkan sebiji kek batik.
Walaupun kelihatan sederhana, namun nyatanya terserlah keikhlasan Izreen terhadap suami tercinta.
Menjengah di akaun Instagram Ude pula, dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih buat si isteri.
Ikatan cinta yang dibina sejak 18 tahun lalu kini terlerai buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila dia mengesahkan sudah pun bercerai dengan isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Fazley memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama di antara dirinya dan bekas isteri.
“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bila April ini turut memaklumkan hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan memutuskan untuk sama-sama mendapat hak penjagaan anak.
“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” ujarnya.
Terdahulu, hasil daripada perkahwinan hampir dua dekad itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma yang kini berusia 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Maxime Bouttier mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak di Malaysia, namun pelakon kacukan Perancis–Indonesia ini kini menjadi tumpuan selepas selamat mendirikan rumah tangga...