Keberadaan anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim hadir berbuka puasa bersama keluarganya baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Di dalam satu hantaran video pendek yang dimuat naik pelakon, Memey Suhaiza menerusi aplikasi TikTok, kelihatan Marissa dan ahli keluarga lain menikmati juadah berbuka.
Malah, mereka turut solat berjemaah bersama.
Namun, kelibat suaminya Marissa, iaitu Aslam tidak kelihatan sekaligus mencetuskan tanda tanya warganet di dalam ruangan komen.
Rata-ratanya meneka mengapa Aslam tidak muncul di dalam sesi tersebut dan tak kurang yang berseloroh mengenai hal itu di ruangan komen, antaranya:
“Aslam the videographer.”
“Aslm mungkin kat rumah bini pertama.”
“Aslam yang jadi imam tu ke?.”
“Mana si Aslam? Giliran rumah bini tua ke berbuka puasa.”
“Raikan pengantin baru ke?.”
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 1,000,000 tontonan.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Marissa didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Malah, Marissa juga didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai dan mereka turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.
Namun, Aslam dan Misya kembali rujuk semula dalam edah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini