Menjadikan tahun 2019 sebagai tahun yang sangat perit dalam hidupnya, namun pelawak dan usahawan Shuib tidak patah semangat dalam teroka dunia bisnes.

Shuib ketika ditemui di Menara U2, Shah Alam pada Khamis berkata, dia pernah ditipu olah individu yang bertindak menyeleweng wang syarikat dengan jumlah yang besar, awal tahun ini.

“Saya rasa awal tahun ini menjadikan diri saya ‘down’ apabila saya mendapat tahu diri ditipu oleh seorang individu dalam syarikat sendiri. 

“Pada tahun pertama, kami (Shuib dan team) berjaya melakukan jualan sebanyak RM8 juta dan saya sangat gembira. 

“Namun pada hujung tahun kedua, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam syarikat. Penurunan jualan sangat ketara.

“Ketika itu saya menyedari ada individu yang mungkin mengambil kesempatan di atas kealpaan saya dalam menguruskan syarikat,” kata Shuib kepada MH.

Ads

“Mungkin Kerana Terlalu Percayakan Orang,” – Pernah Terduduk Ditipu, Shuib Akui 2019 Tahun Mencabar

Mahu mencari jalan penyelsaian, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini sudah pun menyiasat perkara tersebut.

“Selepas saya kenal pasti individu terbabit yang cuba manipulasi wang syarikat, saya terduduk, terpaku. Saya rasa ia seolah mimpi. 

“Hal ini mungkin kerana saya terlalu percaya orang untuk menguruskan sesuatu perniagaan itu,” kongsi pemilik nama penuh Shahmira Muhamad ini lagi.

Ads

Shuib bagaimanapun positif dan cuba menjadi individu yang lebih kuat dan tak putus asa.

Atas minat dalam perniagaan juga, Shuib akhirnya cuba terokai jalan dengan melakukan pembaharuan berasaskan madu misalnya, dengan menguruskan minuman Bubble Bee.

Mempunyai 14 perisa berbeza, minuman berasakan madu sangat berkhasiat dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Ads

Malah, ia sudah dilancarkan sejak semalam dan cawangan pertamanya telah pun dibuka di Menara U2, Shah Alam.

Disahkan halal, kesemua pilihan minuman yang ditawarkan pada harga antara RM6.90 hingga RM14.90.

“Mungkin Kerana Terlalu Percayakan Orang,” – Pernah Terduduk Ditipu, Shuib Akui 2019 Tahun Mencabar

“Mungkin Kerana Terlalu Percayakan Orang,” – Pernah Terduduk Ditipu, Shuib Akui 2019 Tahun Mencabar “Mungkin Kerana Terlalu Percayakan Orang,” – Pernah Terduduk Ditipu, Shuib Akui 2019 Tahun Mencabar

https://www.youtube.com/watch?v=vqdZkth4y_c&t=1s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI