Penyanyi, Syada Amzah akui tidak berdepan masalah untuk membiasakan diri selepas berpindah ke rumah baharu.
Menurut Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, suasana di rumah tidak berubah kerana orang-orang yang disayanginya masih ada di sekelilingnya.
“Pada saya, tiada banyak yang berubah. Apapun yang berlaku, saya melihat sebuah rumah itu lebih daripada sekadar batu bata.
“Yang lebih penting adalah orang-orang yang berada di dalam rumah itu. Di mana pun saya berada, walaupun di negara lain, kalau saya bersama keluarga, itu adalah rumah saya.
“Jadi, tiada banyak yang berubah kerana rumah saya masih sama secara metaforanya,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini akui keadaan rumah yang agak kecil sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kucing-kucing peliharaannya sehingga ada yang mati.
Ads
“Ketika baru berpindah, kucing-kucing saya agak stres. Jadi, saya perlu luangkan banyak masa bersama.
“Sebelum ini, saya pernah maklumkan yang saya mahu berikan beberapa ekor kucing kepada orang lain disebabkan keadaan rumah yang semakin kecil.
“Pada saya, kucing-kucing saya adalah keluarga. Bila saya rancang nak bagi kepada orang, saya menangis dan rasa berat hati. Saya dah jaga kucing ini bertahun-tahun.
Ads
“Ketika itu, saya nak bagi 10 daripada 25 ekor kucing yang saya ada. Nak dijadikan cerita, 10 ekor kucing tersebut telah pun mati dalam masa enam hari. Kesemua kucing itu masih kecil,” kongsinya lagi.
Jelas Syada lagi, pemergian kucing-kucing tersebut sememangnya menyedihkan hatinya.
“Selepas membuat pemeriksaan di klinik, doktor memaklumkan kucing-kucing tersebut dikatakan tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan di rumah baharu.
Ads
“Kemungkinan sebab stres. Padahal saya bagi makan banyak dan sama macam yang lain. Bila bawa ke klinik, doktor maklumkan, bila penyakit itu dah merebak, ia tak boleh diselamatkan lagi.
“Doktor bagitahu, ia bukan virus tapi merupakan satu kondisi toksik kerana kucing-kucing ini tak biasa dengan rumah baharu.
“Mungkin rumah baharu ini tak kena dengan antibody kucing-kucing ini atau rasa terancam,” akhirinya.
Terdahulu, Shila dikatakan mahu menjual rumah keluarga kerana kediaman tersebut dikatakan meninggalkan banyak kenangan tidak menyeronokkan, susulan perceraian ibu bapanya, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman.
Selain kediaman keluarga yang terlalu besar untuk isi rumah seramai lima orang, justeru dia ingin mencari kediaman baharu yang lebih selesa untuk didiami ibu dan adik-beradik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan ini telahdinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.
Terdahulu, keduanya ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas dan malam tadi, majlis resepsi telah pun dilangsungkan dengan cukup meriah.
Diraikan keluarga serta teman rapat pada majlis raja sehari, pasangan mempelai tampak berseri-seri sambil mengayakan busana tradisional kontemporari sedondon dalam material songket.
Turut menjadi saksi penyatuan dua jiwa, tema persandingan yang cukup intim sepertinya mengangkat warisan budaya Melayu begitu menarik perhatian tetamu yang hadir.
Malah, tarian tradisional juga menggamit memori indah majlis resepsi pasangan pengantin ini yang dilangsungkan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Tasha menerusi Instagram ada berkongsi momen menarik sepanjang majlis, sambil memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
Pertemuan dengan Chacha Maembong sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-33 malam tadi memberi peluang buat kami untuk bertanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Adik kepada pelakon Emma Maembong itu memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan.
“Saya baru sahaja selesai shooting untuk filem Anak Perjanjian Syaitan yang mungkin ditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya.
Filem berkenaan merupakan arahan pengarah, Ahmad Idham.
Sementara itu, melihat kepada penampilannya yang ranggi lengkap dengan bertindik di lidah dan hidung, Chacha yang sedia dikenali sebagai antara rakan selebriti yang paling relak dan sempou dalam memberikan kenyataan memberitahu, orang akan kecam sama ada dia bising atau sebaliknya.
“Orang tetap akan kecam sama ada kalau saya buat bising atau tidak. Cuma saya tidak mahu jadi hipokrit. Buat apa nak jadi begitu kalau orang boleh terima seadanya.
“This is me, this is who i am. Peminat saya pun ada yang menyokong dan saya okay saja… budak-budak remaja you ols,” seloroh Chacha.