Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan baru-baru ini telah menghadiri majlis hari jadi anak kepada bintang terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Namun, kemunculan Che Ta telah mendapat perhatian ramai apabila dia tampil dengan imej berkaca mata hitam ‘oversized’.
Tidak hanya berdiam diri, Che Ta akhirnya ‘membuka mulut’ dan menjawab sebab dia berbuat demikian.
“Sebenaqnya dah dua haqi kami sakit mata. Tapi disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Dato Seri Siti , selain menghargai jemputan, maka kami mai jgk , …
Ads
“Mungkin ada yang nampak pelik kami pakai ceqemin mata hitam ( walaupun pelik lg org yg suka mengata kt org tu ),
tapi tak pa yang penting Allah tahu niat saya , nak mai , memeriahkan Birthday party #sipipimerah .
“Tak kisah lah org nak mengata (mengata org tk kena sekupang pun, janji hampa menjawab ja kat akhirat) .
Ads
Yang penting kami dpt memenuhi undangan tuan qumah..@ctdk sudi jemput,” tulis Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan.
“Tak pernah missed lagi walaupun sehari.” Itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad apabila ditanya kekerapan bertemu anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini tinggal bersama isterinya, Noor Nabila.
Kata Sharnaaz lagi, lazimnya dia akan meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu tiga kali dalam sehari.
“Saya jumpanya tiga kali sehari iaitu setiap pagi, tengahari dan malam. Setiap kali bertemu Jebat lazimnya saya akan isi masa antara 1 hingga 2 jam.
“Rumah kami boleh dikatakan dekat, jadi ia memudahkan.
“Kalau tidak ada penggambaran, sebelah pagi saya akan ke gim, kemudian sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat. Lepas tu saya akan bawanya jalan-jalan.
“Sebelah malam pula saya akan bawa dia pusing KL,” dedah Sharnaaz kepada MH.
Ditanya samada pernah mengeluh kerana perlu berbuat demikian, bintang drama Lelakimu Yang Dulu ini menyifatkan ia bukanlah satu beban.
“Saya sudah biasa dengan rutin sedemikian, meski pada peringkat awal rasa pelik juga kenapa aku kena berpisah dengan anak macam ni.
“Akan tetapi apabila diberikan sedemikian, saya kena terimalah.
“Saya tidak anggap itu sebagai beban. Jujurnya kalau saya tak jumpa Jebat lebih dari lima jam, saya pula yang rasa tak betul,” jelasnya lagi.
Sharnaaz pada masa sama turut menjelaskan, ada ketika dia akan membuat panggilan video untuk berinteraksi dengan permata hatinya itu.
“Cuma kalau waktu nak jumpa dia belum bangun lagi dan saya di set lokasi, selalunya akan video call. Ibu dia pun bagi.
“Jadi tak ada masalah,” ujarnya optimis.
Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada selebriti dan pengacara popular, Neelofa itu. pada 31 Mac 2017.
Bagaimanapun, timbul konflik melibatkan rumah tangga mereka sejak tahun lalu dan keduanya kini sedang menantikan keputusan Mahkamah Syariah yang akan diketahui, tidak lama lagi.
Bagaimanapun ujar Sharnaaz, dia dan Nabila, tetap berkawan demi anak.
Malah, Sharnaaz turut menjelaskan, dia sudah ‘move on’ dan menerima apa saja keputusan kelak.
Pelakon ini terdahulu ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman miliknya, Bubble Bee di Danau Kota, Setapak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Pegawai Eksekutif, Elisa Vision Sdn. Bhd. yang juga penerbit drama ‘Demi’, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menzahirkan rasa syukur selepas dramanya itu akhirnya bakal ditayangkan di televisyen bulan ini.
Menurut Mahfuzah, penggambaran yang sepatutnya dijalankan di Scotland terpaksa dihentikan susulan pandemik Covid-19, dua tahun lalu.
“‘Demi’ dihasilkan dengan penuh ranjau dan cabaran. Ini kerana ketika itu, seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 yang menyebabkan drama 26 episod ini beberapa kali tertangguh.
“Cuba bayangkan ketika saya bawa team produksi ke Inverness, Scotland pada tahun 2020, penggambaran dijadualkan mengambil masa selama 30 hari. Malangnya, penggambaran tidak dapat dilakukan kerana kami hanya sempat berada di sana selama 10 hari sahaja.
“Dek kerana itu, saya terpaksa keluarkan perbelanjaan tembahan bagi tujuan pembelian tiket lain untuk krew dan pelakon yang terlibat kerana penerbangan asal telah pun dibatalkan,” katanya.
Mahfuzah berkata sedemikian ketika berucap di majlis sidang media pelancaran drama Demi yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur pada Isnin.
Bukan setakat itu, Mahfuzah turut memaklumkan pihaknya terpaksa mencari lokasi lain dan menjalani penggambaran semula dek kerana penarikan diri seorang pelakon.
“Akibat pandemik yang melanda itu, penggambaran terpaksa ditangguhkan selama setahun. Malah, pihak kami terpaksa melakukan penggambaran semula untuk beberapa babak akibat penarikan diri seorang pelakon.
“Kami juga terpaksa mencari lokasi sesuai bagi menggambarkan suasana di luar negara dan menjadikan lokasi tempatan iaitu Cameroon Highland dan Bukit Fraser sebagai latar tempatnya.
“Walau bagaimanapun kami pasrah dan reda dengan ketentuan Allah SWT. Kami hasilkan juga kerja ini sehingga selesai sepenuhnya pada Januari 2022 yang memakan masa selama dua tahun,” kongsinya lagi.
Meskipun terpaksa menanggung kerugian hampir RM600,000, Mahfuzah memberitahu, dia tidak mahu menghampakan pihak stesen televisyen, RTM yang telah memberikan sepenuh kepercayaan buat drama Demi.
“Jika bercakap soal untung rugi, terus terang saya katakan, saya mengalami kerugian hampir RM600,000 diatas karya ini akibat masalah yang melanda dan melakukan penggambaran semula.
“Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah amanah yang harus saya laksanakan dengan mengambil kira budi baik RTM menyediakan slot untuk drama ini.
“Saya lebih menghargai peluang ini terhadap saya dan Elissa Vision Sdn. Bhd. berbanding memikirkan keuntungan semata-mata kerana pihak RTM sanggup menunggu drama ini untuk disiapkan walaupun memakan masa dua tahun lamanya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon yang menarik diri iaitu Ben Amir, Mahfuzah menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi.
“Walaupun ada kes mahkamah, saya selesaikan dengan cara baik. Kita orang Islam. Sebaiknya kita memaafkan sesama kita.
“Mungkin pada ketika itu dia ada ‘tergelincir’ sedikit. Kita pun tak tahu. Tapi secara peribadi, orangnya memang sangat baik. Jadi, kita tidak akan banned dia. Yang dah lepas, biarlah lepas.
“Kami pun dah bermaafan. Sudah tiada isu diantara saya dengan dia,” akhirinya.
Demi bakal ditayangkan bermula 10 Ogos ini pada setiap Selasa hingga Jumaat jam 9 malam di saluran TV Okey.
Drama ini bakal menampilkan Puteri Aishah, Keith Foo dan Ashraf Muslim selaku peneraju utama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...