“Tidak, tidak sama sekali.” Itu kata pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak apabila ditanya mengenai desas-desus yang mendakwa dia telah pun mengikat tali pertunangan, baru-baru ini.

Memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, Zizan antara lain turut memberitahu perkara itu tidak berlaku sebagaimana yang didakwa memandangkan dia kini masih sendiri dan tidak mempunyai teman istimewa.

“Tak ada. Sejujurnya memang tidak ada. Saya tak ada girlfriend. Saya memang tengah solo dan memang saya dengar berita je orang bertunang,” selorohnya.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, bagaimanapun menyambut positif perkara tersebut yang disifatkan sebagai satu doa yang baik dari peminat kepadanya.

“Soal saya bertunang memang tidak ada. Akan tetapi kalau kata ia satu doa yang baik, saya terima dengan sebaik-baiknya.

“Cuma buat masa ini, memang tak adalah,” katanya kepada MH.

Ads

Ditanya sama ada dia akan berkongsi berita gembira melibatkan sisi peribadinya kepada umum selepas ini, bintang Polis Evo itu menjelaskan tiada apa yang perlu disorokkan.

Sebaliknya, dia sendiri sudah pun pasangan niat untuk mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.

“Sudah tentu saya akan kongsi. Memang saya berniat untuk bertunang dan berkahwin.

Ads

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk relak. Kalau ada jodoh sesuai, saya kahwin.

“Sebab sebelum ini pun, mungkin saya terlalu bersungguh mengenai soal cinta dan kahwin. Bila jodoh tak sampai, saya reda,” akuinya lagi.

Terdahulu, Zizan ditemui pada sidang media Ceria Megastar 2020 Akhir di Seri Kembangan, pada Sabtu.

Ads

Malam kemuncak program itu menyaksikan peserta termudanya, Putri Armani atau lebih mesra dengan sapaan Kowachee, 11, dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000, sebuah trofi, pingat ‘Star of the Week’, dan baucar bernilai RM1,000 tajaan Legoland.

“Mungkin Saya Terlalu Bersungguh Soal Cinta…,” – Khabar Angin Kononnya Dah Selamat Bertunang, Ini Jawab Zizan Razak

Sementara Nurul Maimanah atau Nana, 14, meraih gelaran naib juara, Adinda Tasya atau Adinda, 15, di tempat ketiga.

Penari cilik, Fariza Amira atau Ija, 17, yang mempersembahkan tarian lagu remix Work It (Missy Elliot) pula di kedudukan keempat.

“Mungkin Saya Terlalu Bersungguh Soal Cinta…,” – Khabar Angin Kononnya Dah Selamat Bertunang, Ini Jawab Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI