Personaliti media sosial, Beby Tora Tora mengakui berasa sedikit tersinggung dengan kata-kata segelintir pihak yang dilihat tidak pernah serik mempersendakan bentuk fizikalnya.
Menurut Beby atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli, kecaman tersebut diterimanya sewaktu dia memuat sebuah video terbaru bersama suaminya di aplikasi Tik Tok.
“Tadi Tira pos content dekat Tik Tok. Ada la lelaki and perempuan ni komen, ‘ingatkan abang ni jalan dengan mak dia’. Lepastu ada la berapa orang yang sokong kenyataan tu.
“Hish tak jaga sensitiviti langsung eh rakyat Malaysia skrang ni,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Beby turut menyifat kritikan seperti itu menyebabkan orang ramai berasa fobia dan segan untuk memiliki bentuk badan yang berisi.
“Memang badan gue gemuk and laki gue nampak muda walaupun umur beza 5 tahun tapi toksah la terlalu jujur eh.
Mungkin sebab ni la ehh orang tak suka jadi gemuk. Nanti jalan dengan suami , orang kata bawak mak pulak hahaha.
“Haihlaa…Sabo je la. Korang pernah kena macam tu ke? Tambah jumpa dekat mulut makcik bawang, lagi le kita kena kutuk kesian laki gue. Nasib dia tak malu jalan dengan gue,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Beby yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 528,000 itu tetap meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang menyayangi serta menerima dirinya seadanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Beby supaya mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
Terdahulu, Beby telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Hafis Al Hafus Johari pada tanggal 11 Mac 2019.
Sumber: Instagram Beby Tora Tora