Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada memuat naik entri terbaru di Instagram miliknya.

Gambar yang diambil oleh pembantu Zizan itu memaparkan pelakon tersebut tertidur keletihan di tengah-tengah set pengambaran Abang Long Fadil 3 sambil lengkap dengan vest kalis peluru.

Dalam pada itu, entri tersebut turut disertakan dengan luahan hati yang mungkin telah lama disimpan oleh pelawak tersebut.

https://www.instagram.com/zizanrazak869/channel/?hl=en

“Assalamualaikum. Gambar ini diambil oleh assistant saya dan saya baru perasan tadi ade dalam gallery saya. Sejujurnya ini gambar waktu berkerja dan saya pun tak perasan saya boleh tertido ketika shooting.

“Mungkin terlalu penat fizikal. Tetapi mental saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dan berkarya.

Ads

“Dan gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab membocorkan filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya.

“Jadi bermula harini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan,” tulisnya.

Sementara itu, Zizan turut mengakui kesibukan kerja adalah punca mengapa dia mempunyai kurang masa untuk dirinya sendiri terutamanya dalam mencari pasangan.

Ads

“Dan gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan.

“Mungkin soalan “bila nak kahwin??” Terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya.

“Jadi dibulan yang mulia ni sama samalah kita berdoa demi kebaikan kita bersama dan demi masa depan yang baik buat semua. I love all of you. Love u so much. Love u more,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tersentuh dengan perkongsian Zizan itu.

Ads

Malah, mereka turut meminta supaya pelakon Abang Long Fadil itu meluangkan masa untuk berehat.

“Mungkin Soalan “Bila Nak Kahwin?” Terjawab Buat Yang Sentiasa Bertanya,” – Sayu Pula Reaksi Zizan Razak “Mungkin Soalan “Bila Nak Kahwin?” Terjawab Buat Yang Sentiasa Bertanya,” – Sayu Pula Reaksi Zizan Razak “Mungkin Soalan “Bila Nak Kahwin?” Terjawab Buat Yang Sentiasa Bertanya,” – Sayu Pula Reaksi Zizan Razak

Terdahulu, Zizan kini sedang sibuk menjayakan pengambaran filem Abang Long Fadil yang kini memasuki edisi yang ke-3.

Sumber/Foto: Instagram Zizan Razak

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI