Lewat malam tadi, pelakon versatil Noorkhiriah ada berkongsi kisah mengenai paparan menerusi media yang masih mengulang tayang hasil kerja ketika dirinya masih belum mengenakan hijab.

Kenyataan tersebut dibuat bintang Nur 2 itu selepas menerima mesej peribadi netizen berkenaan hal tersebut di Instagram.

“Memandangkan ramai yg DM akak..mkasih pada yg DM..tanda korg concern,mkasih adik2..dik ttg iklan lama akak sebelum akak bertudung kuar balik..itu bukan bidang kuasa akak dah.

“Mungkin drg tkde bajet nak wat yg baru maka ulang tayang yg lama..akak x daya dan upaya nak ckp cmne..apapun kita doakan yg bbaik moga iklan ke cite ke mmana sblm akak bertudung pupus lupus terus lepas ni,” maklumnya.

Ads

Khiriah bagaimanapun memaafkan apa sahaja kerana dia tidak mahu apa yang terbuku disimpan dalam hati.

“Apapun akak maafkan apa saja,taknak simpan dalam hati..tak elok..maafkan..redha InshaAllah lapang dada..mudah rezeki lain masuk,InshaAllah..moga clear dengan penjelasan akak ni.

“Tak payahlah sampai suh akak pi stop..sapa akak dik oiiiiiiiiiiii..akak pun silap gak dulu..nape tak tutup aurat,” kongsi Khriah lagi.

Ads

Bagaimanapun, posting berkenaan telah pun ditutup ruangan oleh pelakon terbabit.

Ads

View this post on Instagram

Tahniah pada yg berjaya istiqomah

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Sementara itu, menerusi postingnya yang terkini pula, Khiriah ada berkongsi fotonya saat berada di tanah suci dengan mengenakan purdah.

Foto: Instagram Noorkhiriah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI