Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan reaksinya susulan komen segelintir netizen yang mendakwa dirinya tiada ‘job’, hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam media sosial.
Berbaik sangka dan kekal profesional menerima komen yang sedemikian, penyanyi lagu Dialah Di Hati ini menyifatkan individu yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.
“Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar. Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung,” katanya, petik Berita Harian.
Malah Siti turut percaya komen, seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikirannya.
“Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
“Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pemilik akaun platform X mendakwa ada netizen yang seolah-olah panas hati dan mentertawakan penyanyi tersebut kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live di media sosial.
Anak tiri Siti, Asyraf Khalid juga sebelum ini turut memberikan reaksinya, sekali gus membidas tuduhan tidak berasas tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Warga PDRM Akan Terus Kental Dan…,” – Ekspresi Rasa Hormat, Ini Dedikasi Ayda Jebat Sempena Hari Polis Ke-213
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat ada menitip kata ucapan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena dengan Hari Polis Ke-213, hari ini.
Perkongsian tersebut dibuat penyanyi lagu Better Than You ini menerusi satu posting terbarunya di Instagram.
Memberikan penghargaan, figura berusia 28 tahun itu mendoakan agar seluruh warga PDRM terus cekal berkhidmat demi keselamatan dan keamanan negara.
“Selamat Hari Polis Ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
“AJ Force di belakang memerhati Pokemon-Pokemon yang masih keluar bersiar-siar, melepak dan membeli-belah.
“Stay Selfish? Nak kena quarantine berapa lama lagi? tulis Ayda.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Di samping itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan warga PDRM kepada negara di ruangan komen entri berkenaan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tangan Sejuk Beku, Tak Mampu Melangkah & Asthma,” – Tawan Kinabalu Rawat Hati, Shakilla Khoriri Kongsi Pengalaman Ekstrem
Pelakon, Shakila Khoriri menzahirkan rasa syukur selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu meskipun terpaksa berhadapan pelbagai cabaran yang menguji kekuatan mental dan fizikalnya.
Menurut Shakila, dia tetap meneruskan pendakian sehingga ke puncak walaupun pernah terdetik untuk berhenti separuh jalan.
“Atas izin Allah. Alhamdulillah
Syukur untuk kali kedua Allah berikan terlalu banyak dugaan bermula dari airport KL sampai nak balik pun terlalu banyak dugaan. Kadang dugaan dan ujian Allah tu buat aku tergelak dalam hati tapi aku yakin Allah pasti nak duga aku dan semua.
“Alhamdulillah kali ni sampai puncak. Sampai atas tu macam-macam perasaan muncul. Dia macam nak rasa macam mana ni. Walau sejujurnya mental aku dah koyak and dah minta STOP diakhir 800m sebelum peak. Speed sangat slow yang paling maksima,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga sedikit risau dengan keadaannya ketika pendakian tersebut memandangkan dia merupakan pesakit asthma dan lututnya masih dalam keadaan cedera.
“Aku takut aku sakit sebab oksigen makin kurang, sejuk beku tangan, hidung mata pedih sebab terlalu sejuk, air hidung mengalir macam sungai. Kaki dah tak mampu tapi tetap melangkah.
“Bukaan langkah yang paling kecil. Aku jaga heart rate aku. Aku risau sebab aku bawa naik sekali dengan knee injury and asthma aku. Gila.
“Tapi syukur. Jangan ada yang kata kenapa lah nak pergi. Aku yakin beribu orang yang naik pasti akan bawa sakit-sakit manja yang diri sendiri boleh control,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shakilla turut mendedahkan antara sebab dia memilih untuk melakukan pendakian ini adalah untuk menenangkan fikirannya.
“Aku dalam fasa merawat hati dan jiwa aku. Pergi merata tempat yang Allah ciptakan untuk dijadikan ubat paling mahal tapi tak perlukan duit untuk kita semua miliki.
“Aku dalam fasa membetulkan balik jalan kehidupan dan mencari ruang yang berlubang untuk ditampal balik. Fasa dimana aku tak pandang siapa pun cuma AKU.
“Perbaiki diri sendiri atas kesilapan dan kesalahan yang aku sendiri nampak tersangat susah. Tapi aku kena buat yang itu dulu sebelum yang lain.
“Alhamdulillah bukan ini yang pertama, tapi dah banyak UBAT yang Allah berikan dan aku telan sehingga aku mampu bangun, senyum dan melangkah balik,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali pada tanggal 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menangis Gelang Anak Harga RM7,000 Hilang…,” – Puteri Sarah Kongsi Kisah, Teruja Pertama Kali Catwalk Dengan Sumayyah Pakai Barang Kemas RM150,000
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana teruja apabila dia muncul sebagai antara model yang melewati pentas peragaan bersama anak perempuannya, Sumayyah buat pertama kali.
Tampil sedondon mengenakan persalinan merah jambu fuschia, keduanya tampil mempersona dengan koleksi Lady Bug dan LOM daripada Trishya & Co bernilai RM150,000.
Menurut Puteri Sarah, dia sememangnya penggemar barangan kemas dan mula mengumpulnya sejak mula melangkah ke alam pekerjaan.
“Saya memang suka emas dan ia salah satu pelaburan yang buat sejak remaja lagi. Namun begitu saya lebih tertarik pada rekaan yang moden yang boleh disuai padan dan rekaan Trishya & Co ini terutamanya LOM sangat menepati cita rasa saya.
“Saya juga buat pelaburan emas untuk Sumayyah kerana harga emas sentiasa meningkat, mungkin apabila Sumayyah sudah besar nanti harga emas waktu itu sangat mahal.
“Jenama Trishya & Co ini boleh pergi jauh dan saya berharap ia menjadi viral sebagaimana koleksi barangan kemas yang saya pernah pakai sebelum ini sehingga diberi jolokan emas PSL,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui Majlis Pelancaran Trishya & Co Opulent di TDOX Clinic at EQ, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah yang diingati apabila bercerita mengenai emas, ibu kepada dua cahaya mata ini akui gelang lipan yang dipakai pernah Sumayyah hilang.
“Gelang lipan dipakai Sumayyah hilang, menangis saya. Kumpul duit dan bila sudah ada rezeki beli baru balik. Saya pun tak pasti bagaimana ia boleh hilang, cuma ketika itu Hari Raya.
“Harga gelang bentuk itu untuk budak sekitar RM7,000 ke RM8,000. Lepas tiga hari baru sedar hilang. Iyalah sebelum ini kita ingat ia akan ada sahaja dekat tangan dia. Bila tersedar dan tanya, Sumayyah pun tak tahu.
“Saya anggap tak ada rezeki. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah. Pakai barang kemas bila perlu sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali, 56, berkata, pihaknya amat teruja dan sudah bersedia berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama ini di peringkat antabarangsa.
“Kami di Trishya & Co amat berbesar hati menerima undangan ini yang diperkenalkan oleh sahabat saya juga merupakan peminat LOM. Kami berharap penyertaan ke pameran fesyen terbesar di London itu nanti dapat mengangkat jenama lokal setaraf produk antarabangsa.
“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.
Pengasas Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah, 18, pula menambah, dia terinspirasi dengan sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms, yang mana setiap cawangannya di seluruh dunia menampilkan rekaan sinonim dengan imej sesebuah negara.
“Setiap kali melancong, saya lebih tertarik membeli aksesori wanita seperti gelang, loket, cincin, rantai dan anting-anting, kebiasaannya akan singgah membeli charms di butik barangan kemas terkenal sebagai ole-ole untuk diri sendiri. Cuma kebanyakan koleksi charms dibutik berkenaan diperbuat daripada perak dan emas putih.
“Jadi saya terfikir, kenapa tidak Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916 yang semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Disinilah bermulanya idea menghasilkan koleksi Links of Malaysia atau LOM.
“Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas. Pada masa yang sama, saya mahu educate remaja melakukan pelaburan emas, daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan,” katanya.
Ujarnya lagi, pelan simpanan emas secara bijak ditawarkan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan, kemudian pembeli boleh menuntut koleksi emas yang ditempah di Trishya & Co.
Bagi yang berminat memiliki barangan kemas jenama ini, boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau berkunjung ke dua cawangannya di Johor Bahru dan Taman Sri Rampai Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI