Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan reaksinya susulan komen segelintir netizen yang mendakwa dirinya tiada ‘job’, hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam media sosial.
Berbaik sangka dan kekal profesional menerima komen yang sedemikian, penyanyi lagu Dialah Di Hati ini menyifatkan individu yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.
“Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar. Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung,” katanya, petik Berita Harian.
Malah Siti turut percaya komen, seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikirannya.