Pelakon Eyka Farhana ada memuat naik sebuah video di laman Instagram bagi mempromosikan beberapa produk kosmetik daripada sebuah jenama terkenal antarabangsa.

Video berkenaan memaparkan Eyka sedang bersiap untuk ke sebuah acara makan malam.

Pelakon drama Melur Untuk Firdaus 2 ini juga dilihat mengenakan alat-alat solek seperti bedak kompak, gincu, eyeshadow dan minyak wangi.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak kerana produk kecantikkan yang dipromosikan Eyka itu dikatakan mempunyai pertalian dengan negara Israel.

Malah, model terkenal dunia, Bella Hadid juga dikatakan telah dipecat daripada menjadi duta jenama tersebut kerana lantang menyuarakan mengenai kekejaman Zionist di bumi Palestin.

“Mungkin Terikat Kontrak…,” – Promosi Jenama Yang Bella Hadid Pun Dah ‘Lepaskan’, Netizen Husnuzon Dengan Eyka Farhana

Rata-rata netizen menyifatkan Eyka seperti tidak sensitif tentang penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin ketika ini.

Ads

“Boikot. Bella Hadid pun sanggup berhenti daripada menjadi model pro-Israel ni. Orang Malaysia kita pula yang duduk pulun.

“Bella Hadid yang supermodel worldwide pun tak kisah. Awak BBNU kan? Tu yang menggeletis duduk promote produk pro-Israel.

“Tak sensitif isu terkini. Palestin tengah menderita. Sengsara.

“Sensitif la sikit. Saudara kita teruk dekat sana. Jangan terkinja-kinja sambil promote produk yang sokong Israel,” antara komen-komen netizen.

Ads

“Mungkin Terikat Kontrak…,” – Promosi Jenama Yang Bella Hadid Pun Dah ‘Lepaskan’, Netizen Husnuzon Dengan Eyka Farhana

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meninggalkan komen-komen negatif dengan beranggapan Eyka mungkin terpaksa mematuhi kontrak yang telah lama dipersetujui bersama.

“Mungkin dia masih terikat dengan kontrak. Tengok eyeshadow pun masih baru tak terusik.

“Selalunya mereka sudah dapat barang ni lama. Mungkin cuma sekarang baru nak review.

Ads

“Artis ini dibayar untuk memperkenalkan jenama. Memang kena tag di media sosial. Mungkin dia sudah sign kontrak dah lama sebelum perang Israel ni. Nak tak nak kena upload juga. Kalau tidak, awak nak bayarkan saman untuk dia ke? Fikir dulu sebelum komen.

“Dia dibayar oleh Dior. Kemudian, duit itu dia derma dekat tabung Palestin. Husnuzon,” antara komen-komen netigatif netizen.

Malah, Eyka turut membalas komen-komen postif tersebut dengan emoji hati.

“Mungkin Terikat Kontrak…,” – Promosi Jenama Yang Bella Hadid Pun Dah ‘Lepaskan’, Netizen Husnuzon Dengan Eyka Farhana

Sehingga kini video berkenaan telah pun meraih hampir 800,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Eyka Farhana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI