Uncategorized

‘Mungkin Tiba Masanya Untuk Cari Seorang Lelaki Yang Boleh Bimbing Kamu?’ Caprice Komen Tentang Neelofa

Share

Siapa yang tidak kenal dengan Caprice orangnya sangat sempoi dan suka berkongsi pandangan serta pendapat tentang isu semasa di Instagramnya.

Seperti yang kita tahu, dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan isu pelancaran tudung jenama Nealofar di sebuah kelab malam.

Rata-rata netizen seakan tidak boleh menerima apa yang dilakukan olehnya, malah ada juga yang memuji kreativitinya dalam mengatur strategi pemasaran yang bagus.

Namun baru-baru ini Caprice ada memuat naik sebuah video dan memberi komen sedikit tentang isu ini.

Menurutnya kisah Nelofa ini mengingatkannya tentang kisah seorang ustaz di Singapura yang menampal keratan risalah mengajak orang ramai hadir keceramahnya. Tetapi apabila ustaz tersebut menampal risalah tersebut di surau penerimaannya tidak sehebat seperti dia menampal risalah tersebut di hadapan sebuah pub.

Melihat dari sudut positif, dia tidak menolak kemungkinan besar, apa yang dilakukan oleh pemilik jenama tudung terkenal ini akan memberi impak positif kepada sesiapa berkenaan namun apabila melihat ada pertandingan menari di antara blogger semua point positif yang difikirnya itu musnah begitu sahaja.

Mana tidaknya, video tersebut memaparkan gadis-gadis hijabi menari dengan aksi yang penuh mengoda di hadapan orang ramai termasuk lelaki yang ada di situ.

“Pertama kali saya ingin mengaku, saya sangat meminati Neelofa dari hari pertama melihatnya.

 

“Tetapi pertama sekali biar saya kongsikan sebuah perkongsian dari Ustaz Zahir dari Singapura. Dia buat kelas, bagi ceramah tentang Islam tetapi selama ini dia buat poster dan hanya letak di masjid, orang datang tetapi tidak ramai.

 

“Satu hari dia letak posternya di hadapan sebuah bar dan depan kelab di Singapore, keesokannya sesi ceramah dihadiri ramai orang. Bayangkan orang yang pergi kelab semua datang dengar ceramah dia. MaysaAallah! Masa saya dengar, saya rasa sungguh kagum!

 

“ Jadi, kalau kita memandang dari sudut positif, Neelofa dan Zouk mempunyai nama yang cukup besar kemungkinan besar, gadis islam yang pergi ke Zouk apabila mendengar berita ini terbuka hati untuk bertudung.

 

“Tetapi apabila video (menari aksi mengoda) ini keluar ia menghancurkan segala point saya. Video yang memaparkan gadis bertudung menari menggoyangkan badan ini boleh memberi kesan buruk terhadap brand kamu,” jelasnya ringkas di dalam video Instagramnya.

Menurut Caprice lagi, perkara ini boleh memburukkan lagi brand yang diketengahkan oleh Neelofa.

Bagaimanapun, Caprice sempat mengusik Neelofa dan memberitahu mungkin sudah tiba masanya untuk Neelofa mencari seorang lelaki membimbingnya.

“Mungkin tiba masanya untuk kamu mencari seorang lelaki yang boleh membimbing kamu. Saya hanya cakap sahaja!” jelasnya sebelum mengakhiri video tersebut.

 

 

Published by
Lany Azman