Dua hari lalu, pelakon Izara Aishah ada memuat naik status yang memaklumkan dirinya ada melakukan sesuatu di bahagian bibir bagi memberi ilusi yang lebih mugil.
Dia berkongsi pengakuan berkenaan menerusi Twitter dua hari lalu.
“I wanted to try something new. So I had my lips done few months back. Don’t worry it’s not permanent, lasts only for 6months. it’s cool to try but I didn’t like how it looks on me so now I’m just waiting for it to dissolve. I like the lip plumper thing better. Omg bye!,” tulisnya jujur.
I wanted to try something new. So I had my lips done few months back. Don’t worry it’s not permanent, lasts only for 6months. it’s cool to try but I didn’t like how it looks on me so now I’m just waiting for it to dissolve. I like the lip plumper thing better. Omg bye!
Tanpa selindung pelakon Pilot Cafe yang juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu antara lain turut berkongsi mengenai rawatan menebalkan bibir tersebut dan turut risau apakah pendedahannya itu akan memberi reaksi berbeza di kalangan netizen.
Izara ketika dihubungi MH menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berkongsi apatah lagi ia bukanlah sesuatu yang kekal.
“Pada awalnya saya hanya mahu cuba benda baru. Bukan suatu yang kekal dan rasanya tidak bagus pun untuk elak atau menipu kalau orang tanya.
Ads
“Lagi pula memang saya ada cuba beberapa bulan lalu dan mungkin ia tidak sesuai dengan saya. Dalam dua bulan lagi ia akan kembali normal,” jelasnya kini sibuk dengan projek drama rantaian terkini, Jodoh-Jodoh Anissa.
Foto: Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Nick Cannon telah mengumumkan yang dia baru sahaja kehilangan anak bongsunya pada hujung minggu lalu. Hos kepada rancangan terkenal America’s Got Talent dan juga The Masked Singer ini telah mengumumkan perkara tersebut di rancangan bual bicaranya, Nick Cannon. Anak tersebut merupakan hasil hubungannya bersama model, Alyssa Scott.
Suasana di dalam studio menjadi gamat dan dapat didengari penonton terkejut apabila mendengar perkhabaran yang disampaikan olehnya. Diberi nama Zen, bayi lelaki berusia lima bulan yang dilahirkan pada 23 Jun 2021 yang lalu meninggal dunia akibat kanser otak.
Dalam perkongsiannya, Nick menyatakan dia dan Alyssa mula membawa anak mereka itu berjumpa doktor apabila melihat Zen bernafas dalam keadaan tidak normal seperti menghidap sinus selain kepalanya sedikit besar dari kebiasaan bayi yang normal.
Hasil pertemuan dengan doktor, setelah didiagnos, terdapat cecair terkumpul di kepala anak ketujuhnya itu dan juga sel kanser cepat merebak yang memerlukan pembedahan otak. Zen kemudiannya menjalani pembedahan dan dipasang alat untuk mengalirkan cecair dari kepalanya.
Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, “Kanser tersebut merebak dengan cepat dan kami tahu masanya tiba. Hujung minggu lalu, saya meluangkan masa paling berkualiti yang saya boleh luangkan dengan Zen. Kami bangun pada Ahad dan saya mahu berada dekat dengan air dan pantai. Menyaksikan cahaya matahari meninggi dan memegang anak saya. Ketika itu saya memegang anak saya untuk kali terakhir.”
Untuk pengetahuan pembaca, terlebih dahulu Nick sebelum ini menjadi bualan ramai apabila menimang empat cahaya mata dalam masa setahun bersama tiga wanita berlainan. Pada Disember 2020, dia menimang cahaya mata perempuan bersama Brittnay Bell, kemudiannya pada awal Jun 2021 dia menimang sepasang cahaya mata kembar bersama DJ Abby De La Rossa. Zen pula dilahirkan pada 23 Jun hasil hubungannya bersama Alyssa Scott.
Dia walaubagaimanapun tidak berkahwin dengan ketiga-tiga wanita tersebut. Nick merupakan bekas suami penyanyi bersuara emas, Mariah Carey, dan hasil perkongsian hidup mereka selama enam tahun dikurniakan sepasang cahaya mata kembar sebelum rasmi bercerai pada 2016.
Kerap berkongsi mengenai aktiviti menaiki gunung di media sosial, pelakon Azhan Rani mendedahkan dirinya kini sedang dalam persediaan untuk misi mendaki Island Peak di Nepal pada Februari tahun hadapan.
Menurut Azhan, selain dunia seni, mendaki gunung juga merupakan aktiviti yang paling diminatinya.
“Ia laluan yang sama ketika sewaktu saya ke Everest Base Camp dulu tapi ia lebih tinggi. Ketinggiannya 6,000 meter dan kalau Gunung Kinabalu baru 4,000 meter.
“Kalau saya berjaya, ia merupakan ketinggian paling tinggi yang saya pernah capai. Suhunya juga mencapai negatif 25 darjah celsius. Saya baru sahaja selesai sesi latihan di Gunung Kinabalu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini turut berkongsi detik mencemaskan ketika mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini.
“Saya hampir gagal menahluki Kinabalu haritu walaupun saya pernah menawannya tiga kali. Kali ini cabaran dan cuaca berbeza. Saya telah diserang acute mountain sickness (ACT).
“Saya alami muntah-muntah dan badan terhuyung-hayang sehingga saya dua kali disarankan untuk turun dengan menaiki pengusung. Sebab tak mampu berjalan.
“Tangan saya kebas sehingga terpaksa pakai tiga sarung tangan. Saya pun dah mula cakap yang bukan-bukan. Saya diminta tidur selama lima minit.
“Hasil pertolongan kawan-kawan, saya dapat teruksan perjalanan. Bila turun, badan saya okay semula. Bila diserang AMS, kita kena segera turun ke altitud yang lebih rendah,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Azhan menegaskan dirinya akan belajar daripada kesilapan bagi memastikan situasi sama tidak berlaku lagi ketika ekspidisi mendaki Islan Peak.
“Bila ditimpa musibah seperti ini, ia mengajar kita. Untuk naik gunung, taktikal itu penting. Bukan naik secara membabi buta. Silap saya adalah badan tak cukup fit kerana kurang masa latihan.
“Saya tak dapat ikut serta rakan-rakan lain menjalani latiha! sebab sibuk dengan komitmen kerja dan menjaga ibu,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang mengatakan aktiviti pendakian ekstrim ini sebagai satu perbuatan sia-sia, Azhan tetap percaya setiap aktiviti mempunyai risikonya tersendiri.
“Saya faham perasaan orang lain bila mereka tidak terlibat di dalam sesuatu bidang itu. Sama juga dengan sukan-sukan lain. Semua aktiviti yang kita lakukan ada risikonya.
“Kalau ikutkan, main dam pun boleh sahaja mati tiba-tiba. Kita kena ada ilmu mendaki itu dan kalau tiada, kita perlukan bimbingan. Buat dengan cara yang betul, InsyaAllah berjaya.
“Setiap orang ada nawaitu tersendiri bila pergi mendaki. Begitu juga saya. Nak kata tak penat, menipulah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kecil lagi kita sudah dimomokkan dengan kisah kewujudan hantu atau tahyul yang sering menjadi igauan ramai sama ada menerusi ahli keluarga, saudara mara atau orang terdekat.
Jadi MH kongsikan bersama pembaca semua, lima kisah hantu lagenda yang membuatkan ramai yang tidak tidur malam.
Hantu Pocong
Pocong dikhabarkan sebagai hantu yang paling menyeramkan berikutan gambaran kematian yang dibawanya. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, setiap kematian memerlukan seseorang itu dibalut menggunakan kain kapan sebelum dikebumikan.
Justeru itu, hantu pocong dikatakan jelmaan daripada roh orang meninggal yang meninggal dunia kain kapannya ‘tidak dibuka’ membuatkan ia bangkit dan melompat-lompat meminta bantuan mereka yang hidup untuk membantu membuka balutan tersebut.
Dalam kisah yang lain pula, ada yang beranggapan bahawa kehadiran pocong ini akibat rohnya tidak diterima untuk ke alam seterusnya membuat mereka berlegar-legar diantara dunia realiti dan juga alam seterusnya.
Hantu Penanggal
Hantu Penanggal merujuk kepada wanita yang sering mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri seperti ingin mengekalkan kecantikan diri, membunuh musuh, menjaga tanaman dan haiwan peliharaan daripada pencuri dan lain-lain lagi.
Mereka yang menuntut ilmu hitam ini mampu menceraikan kepala daripada badan dan terbang dengan tali perut yang terburai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan penyakit kudis bagi mereka yang terkenanya.
Ketika Penanggal ini terbang, ia dipercayai menyerupai cahaya putih berkilauan, daripada urat perut yang terburai itu.
Volkswagen Kuning
Hantu Volkswagen Kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.
Hantu Bilik Belajar
Kisah bermula apa bila seorang pelajar perempuan menelaah di bilik belajar sehingga tidak perasan sudah lewat malam. Sedang khusyuk mengulang kaji pelajaran, tiba-tiba dia ingin bertanyakan soalan yang kurang difahami kepada rakan di sebelahnya itu.
Ternyata, yang berada di sebelah bukanlah rakannya selepas dia tersedar mahluk tersebut tidak mempunyai kaki. Lalu, pelajar tersebut membatalkan niat untuk mendengar jawapan daripada ‘rakan’ tersebut.
Paling menyeramkan apabila makhluk itu pula tiba-tiba bertanya, “Dah ingat atau dah tahu?”. Lalu, pelajar itu tidak cukup tanah berlari ke pulang asrama.
Toyol
Toyol merupakan salah satu hantu yang unik jika diberbanding dengan hantu-hantu lain di dalam mitologi Malaysia. Tubuhnya yang kecil dan kepalanya yang botak serta kemampuannya dalam mencuri duit, membuatkan toyol begitu popular dikalangan pengamal ilmu hitam.
Dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, kebolehan toyol mencuri duit menyebabkan ramai manusia ingin menggunakan khitmatnya sebagai jalan pintas untuk memperoleh kekayaan.
Namun, sehingga kini kesahihan kisah lagenda hantu tersebut masih menjadi tanda tanya kerana kesemua kisah tersebut hanyalah berdasarkan cakap-cakap atau buah mulut orang dan bukannya daripada pengalaman sendiri.
Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada untuk mempercayai kisah-kisah tersebut atau tidak tetapi mengikut amalan Islam, jin atau mahluk halus ini sememangnya wujud.
Bagaimanapun, bagi mereka yang dahagakan kisah-kisah seram sebegini, bolehlah mengikuti siri FOLKLORE yang memaparkan kisah-kisah menakutkan daripada enam pengarah berbeza; iaitu Eric Khoo (Singapura), Lee Sang-woo (Korea Selatan), Joko Anwar (Indonesia), Pen-ek Ratanaruang (Thailand), Ho Yuhang (Malaysia) dan Takumi Saito (Jepun) serta memaparkan kisah-kisah seram negara masing-masing.
Siri FOLKLORE adalah produksi original HBO Asia dan bakal ditayangkan di siaran HBO dan HBO Go bermula 7 Oktober, jam 10.00 malam.
Wow, hebat! Apa-apapun yang pasti, para peminat kisah seram pastinya tidak akan menyesal menontonnya!