Isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana hanya dapat berjumpa bayinya selepas tiga hari bersalin.

Ini kerana, dia yang bahasakan diri sebagai Umie buat permata hatinya itu mengalami muntah-muntah dan pengsan selepas berlaku turun darah selepas melahirkan.

Perkara tersebut dikongsikannya menerusi akaun Instagram anak mereka, @babyadhwardell.

Ads

“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan umie. Selepas je selamat melahirkan saya, umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umi cuba bangun nurse mandi kan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah.

“Tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah hariini umie saya da makin kuat tak pengsan lagi, dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi.

Ads

“Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” katanya lalu dihujani dengan ucapan moga segera sembuh buat si ibu.

Ads

Malah, rata-rata peminat di ruangan komen entri tersebut mengharapkan agar dipermudahkan segala urusan pasangan selebriti ini sekeluarga.

“Muntah Terus Pengsan Sampai Keesokan Harinya…,” – Bahasakan Diri Sebagai Umie, Ardell Aryana Dakap Anak Pada Hari Ketiga Kelahiran Sebab… “Muntah Terus Pengsan Sampai Keesokan Harinya…,” – Bahasakan Diri Sebagai Umie, Ardell Aryana Dakap Anak Pada Hari Ketiga Kelahiran Sebab…

Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI