Lebih dua tahun arwah suami, Johan Nawawi pergi mengadap Ilahi, walaupun reda dengan suratan takdir, namun sukar bagi seorang isteri menerima hakikat suami kini tiada di sisi.
Jelas Nora Ariffin menerusi posting di Instagram, kehilangan orang tersayang mengajarnya erti tawakal, sabar dan bersyukur.
“Musibah kehilangan orang tersayang mengajar saya erti…
HIKMAH…
UJIAN…
SABAR…
TAWAKAL…
BERSERAH…
SYUKUR….
Dan akhir sekali….
REDHA….
……. Al- fatihah.
#jn30tribute
#adadalamtiadabynoraariffin,”
Netizen memberikan kata-kata semangat buat penyanyi Hanya Satu ini untuk terus tabah meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Johan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mac 2017.
Nora dan Johan berkahwin pada 9 April 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Syakir Iman, 26, Mohd Syakir Alif, 20, Putri Nur Dahlis,15 dan Putri Nur Fatehah, 5 tahun.
Foto : Instagram Nora Ariffin