Hiburan

“Muzik Anda Beri Impak Dalam Hidup Saya,” – Celine Dion Puji Adele, Akui Beremosi Saat Tonton Persembahan

Share

Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go On itu pula meluah rasa.

Dalam satu hantaran terkini di Instagram, Celine memuat naik gambarnya bersama Adele yang datang kepada dirinya saat dia sedang menonton persembahan penyanyi itu.

Menerusi hantaran tersebut dia menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana kehadirannya disambut baik oleh Adele apatah lagi disaji pula halwa telinga dengan alunan vokal dan lagu yang memukau.

“Adele, kami sangat berterima kasih kepada anda kerana mengalu-alukan saya dan keluarga saya kembali ke Colosseum untuk persembahan anda yang menakjubkan!

“Persembahan anda hebat, produksinya sangat indah. Kami suka melihat anda dan mendengar anda menyany, ia merupakan malam yang penuh emosi untuk kami semua.

“Muzik anda beri impak dalam hidup saya, ia sangat penting bagi saya, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

BACA JUGA: “Tiada Perkataan Dapat Menggambarkan Betapa Bermakna Anda Kepada Saya,” – Adele Menangis Ketika Celine Dion Hadir Menonton Persembahannya

“Saya berharap semua impianmu menjadi kenyataan dan semoga kamu mempunyai ruang untuk melakukan apa yang membawa kebahagiaan, termasuk mengambil rehat yang berhak kamu dapatkan.

“Kamu benar-benar satu dalam sejuta. Kamu layak mendapat setiap kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih untuk segalanya, Adele,” tulis Celine.

Sekadar info, persembahan di The Colosseum di Caesars Palace, Las Vegas yang dinamakan Weekends With Adele akan berakhir kelak. Penyanyi popular itu dijadualkan mengadakan persembahan terakhirnya pada hari Sabtu, 23 November 2024.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

Published by
Fiezreen