Pelakon cantik, Shima Anuar mendedahkan suaminya ada memberikan reaksi apabila berat badannya kini kian susut hasil dari pengambilan bijirin, ikan dan sayur-sayuran.
Kongsi bintang Highland Tower ini menerusi Instagram buat tatapan umum, berat badannya sudah menurun dari 55 kilogram Ahad lalu kepada 52.8 kilogram kira-kira seminggu selepas itu.
“Ni la hasil makan oats dgn ikan n sayur. I dah kena stop diet. Look at my face. My husband said macam org hisap dadah. Lengan dah macam jerangkung. Hahah!
“Last sunday berat i 55kg. Today 52.8kg. I didn’t expect akan turun secepat tu dalam masa seminggu. (actually 5 days je sbb semalam i dah belasah makan nasi kandar),” tulisnya.
Tidak mengambil mana-mana ubat untuk kurus, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi cara diet dan gaya hidup sihat yang diamalkan menerusi posting di media sosial sebelum ini.
“Kalau nak tau apa i buat, just scroll my ig. I dah bgtau semua da apa yg i buat.
“No ubat kurus! And 1 lagi tips yg i boleh bagi, jangan ada cheat day selagi tak dapat target yg korang nak. Ok? Good luck guys!,” jelas Shima.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberi reaksi terhadap penampilan Shima dan ada yang berterima kasih atas cara dietnya yang dikongsikan.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih, yang juga ahli perniagaan pada 8 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Foto: Instgram Shima Anuar