Selebriti popular, Neelofa, mencuri perhatian apabila berkongsi tiga lagu pilihannya untuk mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung malam ini.

Ramalan daripada ibu kepada dua cahaya mata ini sememangnya dinantikan ramai, memandangkan sebelum ini ada pilihannya yang tepat mengenai barisan para pemenang.

“My Top Three…,” – Neelofa Kongsi Lagu Pilihan di AJL39, Mengena Atau Tidak Ramalan Kali Ini?“My Top Three…,” – Neelofa Kongsi Lagu Pilihan di AJL39, Mengena Atau Tidak Ramalan Kali Ini?“My Top Three…,” – Neelofa Kongsi Lagu Pilihan di AJL39, Mengena Atau Tidak Ramalan Kali Ini?

Pilihan ‘Top 3’

Sebaik sahaja ramalan tersebut dikongsi Neelofa, ia pantas  mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ratusan ciapan membanjiri platform X.

“My top 3 picks #AJL39. Nadeera, Bukan Lagi Kita. Marsha, Hening Rindu, Hael, Diam,” ciapnya.

Ads

Sepuluh lagu mara ke pentas AJL 39 adalah Sengaja (Amir Masdi/Bunga Cantik & Hang Nadim/Bunga Cantim & Hang Nadim); Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

Turut bersaing, Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).

Ads

Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).

Menambah cabaran, Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito).

Ads

AJL 39 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini jam 9 malam.

Acara tahunan muzik itu menyaksikan gandingan antara pengacara Nazrudin Rahman dan penyanyi Sissy Iman selaku hos utama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI