Hos terkenal, Nabil Ahmad telah menganjurkan majlis akikah buat anak bongsunya, Mishall Imani yang kini sudah pun mencecah usia lima bulan.
Dirai penuh meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan terdekat, pengacara Gegar Vaganza itu dilihat turut meraikan hari jadinya yang ke-36 tahun.
Perkongsian tersebut dikongsikan Nabil dan isteri menerusi Instagram @nabilzira baru-baru ini.
Terdahulu, Mishall Imani telah selamat dilahirkan pada 24 April 2019 lalu.
Kelahiran bayi perempuan comel itu tentunya menambahkan lagi seri dalam keluarga Nabil Ahmad dan isteri yang sebelum ini turut dikurniakan dua cahaya mata anak perempuan.
Foto: Instagram Nabil Ahmad