Hos dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa gembira sejurus mendengar maklum balas positif penonton yang rata-rata terhibur dengan gandingannya bersama Elly Mazlein menerusi program Gegar Vaganza (GV) musim terbaharu.

Memulakan tirainya pada Ahad lepas, Elly menggantikan posisi Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, awal September lalu.

Nabil, 39, ketika dihubungi MH berkata, gandingan mereka berdua disifatkan sebagai suatu pembaharuan bagi program realiti yang kini berjalan selama sembilan musim (GV9).

“Alhamdulillah, gandingan saya dengan Elly menjadi, saya happy gila. Sebelum GV9, saya memang sudah banyak kali bekerja dengan Elly seperti Muzikal Lawak Superstars dan MeleTOP.

“Jihan Ada Beritahu Dia Suka Terhibur Lihat Gandingan Saya Dan Elly…,” – Nabil Ahmad

“Jihan Ada Beritahu Dia Suka Terhibur Lihat Gandingan Saya Dan Elly…,” – Nabil Ahmad

“Jadi senang dapat bekerjasama dengan dia sekali lagi. Malah, sewaktu team produksi GV minta pendapat saya, siapa hos yang dirasakan boleh gantikan Jihan, saya memang cadangkan nama Elly.

“Saya tak nafikan, pihak produksi memang ada juga beberapa nama selain Elly ketika itu. Alhamdulilah, bila dia terpilih tu, saya sukalah sebab sekarang GV dah masuk musim kesembilan.

IKLAN

“Kalau boleh saya nak teman pengacara yang dah ada banyak pengalaman jugalah. Kehadiran Elly jadi ‘wow factor’, ibarat suntikan nafas baharu untuk program itu sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai energi ‘tiptop’ yang dipersembahkan rakan pengacaranya itu hingga ada yang mendakwa penampilannya seakan tenggelam, Nabil tidak kisah akan perkara tersebut.

“Dekat GV ini bagi saya yang perlu diberi perhatian adalah peserta tapi bila Elly atau saya lebih menonjol, bagi saya itu adalah satu kejayaan untuk program itu juga.

“Jihan Ada Beritahu Dia Suka Terhibur Lihat Gandingan Saya Dan Elly…,” – Nabil Ahmad

“Saya tak kisah pun siapa-siapa yang menonjol tapi saya mengharapkan peserta lebih dapat ‘highlight’ sebab yang bertanding adalah mereka tapi bila Elly (jadi perhatian) saya tumpang happy dan seronok sebab apa-apa pun ini adalah kerja berpasukan.

IKLAN

“Bila gandingan kami diperkatakan dan viral lebih-lebih lagi di TikTok, saya gembira sebab orang menghargai kerja kami sebagai hos,” katanya lagi.

Setelah lapan musim menggemudi GV bersama Jihan, Nabil berkata dia turut sedih tidak dapat bersama rakannya itu yang kini dalam fasa berpantang.

“Jihan Ada Beritahu Dia Suka Terhibur Lihat Gandingan Saya Dan Elly…,” – Nabil Ahmad

“Kami sama-sama dari GV1 hingga GV8, sedikit sedih tu adalah tapi Jihan memang dah inform awal-awal, time GV9 berlangsung dia memang sedang berpantang.

IKLAN

“Mana tahu dalam minggu separuh akhir atau final nanti, kalau Jihan boleh buat kemunculan, seronok juga nanti pentas itu kalau ada kami bertiga.

“Jihan pun ada beritahu dia suka dan terhibur melihat gandingan saya bersama Elly pada minggu pertama,” katanya.

GV9 menampilkan persaingan 13 penyanyi yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Pat Candy, Bob Yusof dan Hazrul Nizam.

Turut bertanding ialah Roy Kapilla, Asheed Def-Gab-C, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom dan kumpulan VE.

GV9 berlangsung pada setiap Ahad, jam 9 malam dan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.  Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI