Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP; “Kalam Akhir Dia Dapat Mengucap Dengan Baik.”

Share

Pengacara Nabil Ahmad kuatkan hati, meski dilihat menitiskan air mata pada segmen awal program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, pada Selasa.

Tampil mengemudikan MeleTop bersama rakan hos, Datin Lisa Surihani, Nabil tenang saat terkenang dan berkongsi cerita mengenai arwah bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober lalu.

Lisa terlebih dulu merakam ucapan takziah buat Nabil seisi keluarga atas kehilangan bapa tercinta.

“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila melihat tahap oksigen arwah drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya ‘kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot.’ Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.

“Saya macam… banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lalukan bersamanya. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya,” luah Nabil.

Nabil pada masa sama menambah, dia memilih untuk kembali bekerja dan tidak mahu bersendirian bagi melupakan perkara itu buat seketika.

“Saya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Saya nak bergaul, berborak pasal kerja dan benda lain.

“Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan pengakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari Jumaat, lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik.

“Saya adik-beradik mandikan dia dalam keadaan arwah tersenyum. Saya doakan semoga Allah mudahkan perjalan arwah dekat alam yang baru. Sebab kitaorang (keluarga) tak pernah kehilangan orang yang rapat, ini pertama kali,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

Seminggu Masuk Hospital Sebab Komplikasi Jantung, Bapa Nabil Ahmad Meninggal Dunia

“Inilah Contoh…,”- Rakam Aktiviti Di Konti, Perkongsian Issey Fazlisham Tentang Nabil Ahmad Buat Ramai Kagum

Projek Surau Dalam Rumah Siap Sepenuhnya, Nabil Ahmad Syukur Terharu

Perkongsian penuh untuk segmen tersebut turut dikongsikan menerusi YouTube MeleTop, awal malam tadi.

Imbas kembali, Allahyarham Ahmad Haji Ismail dilaporkan meninggal di Hospital Serdang, Selangor, akibat masalah komplikasi jantung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH