Pasangan selebriti, Nabil Mahir dan tunangnya, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat akhirnya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Berita gembira itu dikongsikan mereka menerusi episod pertama #BilAydaJatuhCinta di saluran YouTube, Wuvv Show sebentar tadi.
Sambil berkongsi detik bakal bergelar raja sehari, #BilAydaJatuhCinta episod terawal itu antara lain turut mendedahkan mengenai fasa awal perkenalan sehingga kini.
“Dia memang tak ingat langsung mengenai tarikh.
“Sebab itulah tarikh untuk kahwin pun dia (Ayda) pilih tarikh yang sangat senang untuk ingat,” gurau Nabil yang setia ditemani Ayda di sisi.
Dalam sesi santai, merpati dua sejoli ini turut menerima ucapan serta dedikasi rakan selebriti yang sebelum itu turut berteka-teki tarikh perkahwinan mereka berdua sebelum itu.
“Ini adalah pengumuman untuk majlis perkahwinan kami, 1 Januari 2021.
“Kepada kawan-kawan, keluarga dan peminat, minta doakan yang terbaik untuk kami berdua,” pinta Ayda.
Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti perjalanan cinta keduanya dalam #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu.
Ikuti episod pertamanya di sini;